Apabila membincangkan isu derma kepada Palestin, tentu sekali isu ketelusan turut menjadi bualan ramai. Ditambah pula dengan dakwaan Duta Palestin ke Malaysia yang kononnya wang derma rakyat Malaysia tidak sampai ke Masjid Al-Aqsa, persoalan ketelusan derma ini kembali menjadi perbincangan yang tidak berkesudahan.

Menyedari tentang peri pentingnya isu ketelusan ini, token SAVEPALESTINE ($PAL) dilancarkan. $PAL merupakan token yang berkonsepkan komuniti dan memberikan pulangan kepada pelabur, disamping menyokong projek kemanusiaan di Palestin.

Pada hari pertama token ini dilancarkan, ia sudahpun mempunyai nilai pasaran sebanyak RM10,736,700.00 (USD$2,600,000). Sebagai permulaan, $PAL telahpun menderma sebanyak 20 BNB (USD$10,000) kepada Global Sadaqah, badan kemanusiaan dunia yang dipercayai dan mempunyai rekod audit yang lengkap.

Inisiatif $PAL dalam menggunakan teknologi blockchain bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri transaksi dan meyakini ketelusan dan integriti derma yang disalurkan kelak. Sekiranya anda berminat untuk menyertai inisiatif ini, anda boleh memiliki dan menderma melalui pembelian token di platform PancakeSwap.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi mereka.