Da’i Farhan Ulang Amalan Cerai Isteri Ketika Sarat Mengandung

dr_erin

Dr Erin, isteri kepada Da’i Farhan melalui akaun Instagram miliknya mengesahkan yang beliau sudah bercerai dengan suaminya itu pada 27 April lalu.

Menurutnya lagi, penceraian ini dibuat atas keputusan mereka bersama. Da’i Farhan telah menceraikan Dr Erin dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on”

Pasangan ini pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu apabila Da’i Farhan mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di tanah suci Mekah.

Pendedahan Da’i Farhan menyatakan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya juga menjadi topik bualan hangat netizen di media sosial.

Dr Erin bersama Da’i Farhan

“Penceraian ini saya minta kerana saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan,” katanya.

Dr Erin turut menambah yang beliau sendiri memberi izin kepada suaminya itu untuk kembali kepada bekas isterinya selepas Da’i Farhan menyatakan dirinya tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.

Luahan hati Dr Erin di Instagram peribadinya

“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa dari ustaz cuma menunggu mas auntuk diceraikan sahaja. Dari bulan Februari ada sahaja masalah yang datang namun saya nekad untuk akhiri semua ini pada bulan Ramadhan tapi saya tahu mengandung pula”

“Tapi, saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya,” tambahnya lagi.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Sumber:

Bacaan Seterusnya