Pusingan kedua dos suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca kini dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Tempahan slot janji temu tersebut akan dibuka kepada umum mulai 12 tengah hari, Rabu 26 Mei 2021. Pemberian suntikan itu akan dimulakan pada 7 Jun hingga 27 Julai untuk dos pertama di lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ).

PPVAZ yang terbabit ialah Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang; Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru; Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak; dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak. Selain itu PPVAZ lain ialah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur; Universiti Malaya, Kuala Lumpur; Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor; dan Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Selangor.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin. Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan esok di laman sesawang JKJAV.