Kahwin dengan pasangan dari bangsa lain mungkin ada yang suka, ada yang tak suka.

Orang tua-tua terutamanya ramai yang tak suka bila kita cari pasangan kahwin dari bangsa lain. Tapi orang muda-muda biasanya lebih bersikap terbuka – asalkan pasangan bangsa lain itu beragama Islam.

Seperti pasangan perkahwinan lain, pasangan perkahwinan campur juga perlu belajar banyak benda unik mengenai pasangan masing-masing. Ada yang berkait dengan tabiat pasangan. Ada juga yang berkait dengan bangsa pasangan.

Dalam artikel ini, kami mengumpulkan kisah benar dari 9 pasangan yang berkongsi tentang benda pelik yang mereka discover lepas kahwin dengan pasangan dari bangsa lain.

1. “Orang Korea suka komen pasal muka bila jumpa”

Embed from Getty Images

Seorang lelaki Korea menceritakan pengalaman yang terpaksa ditempuhi oleh isterinya bila mereka balik kampung di Korea Selatan.

“Orang Korea suka komen pasal muka anda sebagai cara mereka untuk ajak bersembang. Makcik saya pernah cakap kepada isteri saya: Hai, apa khabar! Muka awak sangat kecil lah.”

“Dalam budaya Korea, muka kecil dianggap cantik. Jadi isteri saya tak kisah sangat. Tapi kadang-kadang ada juga orang yang akan suruh anda buat pembedahan plastik. Setiap masa pula tu.”

2. “Tinggalkan sedikit makanan di pinggan kalau makan di rumah orang Greek”

Embed from Getty Images

Seorang netizen mempunyai satu tips jika anda dijemput makan di rumah orang Greek (bangsa Yunani dari Greece):

“Saya belajar kalau anda makan di rumah orang Greek macam rumah mertua saya, tinggalkan sikit makanan di pinggan. Kalau tak, mereka akan ingat anda lapar lagi dan tambah makanan banyak-banyak di pinggan anda.”

3. “Orang Samoa saudara dengan semua orang Samoa”

Embed from Getty Images

Sebagai sebuah negara pulau kecil di lautan paling besar di dunia, tak hairanlah orang Samoa mempunyai talian persaudaraan dengan semua orang Samoa di sana. Lelaki ini mengaku:

“Keluarga pasangan saya sangat besar. Dia orang Samoa. Semua orang Samoa adalah saudara dia. Betullah bila The Rock cakap dia ada talian persaudaraan dengan semua ahli gusti dari Samoa.”

4. “Orang India selalu datang lambat”

Embed from Getty Images

Menurut seorang wanita ini, budaya orang India sangat tak menghargai masa sehinggakan datang awal dikira biadap dan tak normal.

“Sejak dari kecil, ibu bapa saya dah ajar supaya menepati masa. Bila saya melawat rumah mertua saya di India, tempahan restoran adalah mimpi ngeri.

“Kalau orang suruh anda tempah restoran pukul 8 malam, makna sebenar mereka adalah tempah pukul 8.30 atau 9 malam. Sebab masa itulah mereka akan datang. Bila saya buat temu janji dengan pendandan rambut pukul 3 petang, dia akan datang kedai pukul 4.15pm.”

5. “Orang Itali boleh menangis kalau jumpa pasta yang betul-betul sedap”

Embed from Getty Images

Bukan satu rahsia lagi orang Itali memang betul-betul serius tentang makanan Itali. Lelaki ini menceritakan pengalaman teman wanita Italinya selepas bertahun-tahun makan pasta tak sedap di England.

“Saya tak pernah jumpa orang menangis makan pasta sedap sampailah hari saya jumpa teman wanita Itali saya. Kalau saya masak spaghetti di rumah, dia akan tengking saya bila saya masukkan bawang putih.”

6. “Orang Jepun tak suka peluk orang”

Embed from Getty Images

Mungkin perkara ini tak pelik kalau kita selalu tengok filem, drama atau anime Jepun. Tapi bagi wanita Eropah ini, budaya teman lelaki Jepunnya sangat pelik.

“Teman lelaki saya orang kacukan Jepun. Hubungan dia dengan ibu dan bapanya sangat berlainan dengan saya. Keluarga saya peluk setiap masa. Saya peluk ibu bapa saya setiap hari. Saya pegang tangan dengan sepupu saya bila jalan keluar.

“Tapi teman lelaki saya cukup tak suka pegang tangan di luar rumah sampaikan kami pernah bergaduh. Dia juga kata hubungan saya dengan keluarga saya adalah pelik kerana kami suka peluk.”

7. “Orang Jamaica berparti lepas majlis pengebumian”

Embed from Getty Images

Seorang wanita berketurunan Jamaica menceritakan beza majlis pengebumian keluarganya dengan keluarga suaminya (orang kulit putih England).

“Majlis pengebumian orang kulit putih hanya menjemput keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja. Lepas mayat dikebumikan, semua orang pergi ke pub untuk jamuan sikit. Pukul 5.30 petang, semua orang balik.

“Dalam majlis pengebumian orang Jamaica pula, orang yang kenal tak rapat pun datang. Kadang-kadang mereka sengaja tak datang upacara pengebumian, kerana mereka nak datang ke kenduri selepas itu.

Ada makanan panas. Ada orang menari. Ada orang tua main domino. Kenduri ini diadakan selama 9 hari selepas mayat dikebumikan. Banyak muzik, minum, makan dan merokok. Suami saya melopong bila saya cerita benda ini.”

8. “Orang Pakistan ambil duit pengantin”

Embed from Getty Images

Seorang lelaki terkejut apabila isterinya tidak memberitahu tentang budaya pemberian dowry bangsa India Selatan yang wajib dilakukan oleh pengantin lelaki selepas kahwin.

“Saya terkejut bila lepas kami berkahwin, saya diberitahu supaya menyerahkan separuh duit hadiah yang saya dapat kepada keluarga isteri saya.

“Saya juga tak dibenarkan menyimpan duit tersebut di akaun simpanan. Kalau ada duit lebih, saya kena serahkan kepada keluarga perempuan sebagai dowry.”

9. “Orang Mexico guna telur untuk ubati penyakit”

Seorang lelaki memberitahu beliau pelik dengan budaya orang Mexico yang suka menggunakan telur ayam untuk mengubati penyakit.

“Tunang saya beritahu maknya selalu sentuhkan telur ke bahagian badan yang sakit bila sakit perut, sakit kepala atau demam. Kemudian mereka akan pecahkan telur untuk tengok apa yang terjadi kepada telur tersebut. Itu cara mereka menganalisa penyakit apa.”

Baca juga artikel kami yang lain: