Kesemua enam kelab English Premier League yang menyertai European Super League iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur telahpun didenda sebanyak RM8,336,887.41 bagi setiap kelab. Jumlah yang sama turut dibayar oleh AC Milan, Inter Milan danAtlético Madrid. Wang tersebut, iaitu berjumlah €15 juta euro akan digunakan oleh UEFA untuk pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi di seluruh Eropah.

Baki tiga lagi kelab yang masih berdegil dan kekal di dalam European Super League iaitu Real Madrid, Barcelona dan Juventus pula bakal berhadapan dengan tindakan disiplin yang serius. European Super League hanya bertahan selama 48 jam selepas penyokong dan pemain bola sepak, kerajaan UK, FIFA, UEFA, FA dan kelab-kelab lain membantah penubuhan liga baharu tersebut.

Selain dikenakan denda tersebut, terdapat dua syarat lain yang perlu dipatuhi oleh sembilan mantan kelab European Super League ini iaitu:

  1. Bagi musim UEFA Champions League dan Europa League pada tahun berikutnya iaitu 2022-2023, wang kemenangan yang diterima oleh sembilan kelab ini akan dipotong sebanyak 5 peratus.
  2. Sekiranya terbabit dengan sebarang liga baharu lain tanpa kebenaran UEFA selepas ini, mereka akan didenda sebanyak €100 juta euros bagi setiap kelab.

Setakat ini, pemilik bersama Manchester United Joel Glazer, pemilik Arsenal Kroenke Sports and Entertainment dan juga pemilik Tottenham Hotspur memaklumkan bahawa kos denda tersebut dibayar daripada wang mereka sendiri dan tidak ditanggung oleh kelab masing-masing.

Kesemua sembilan kelab ini juga dilaporkan telah kembali menyertai European Club Association.

 

 

Sumber: