Pada 1o Mac yang lalu, tiga buah gerai makanan di tepi Jalan Taman Mesra, Kajang telah terlibat dalam satu kemalangan. Kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh sebuah kereta Proton Saga yang secara tiba-tiba hilang kawalan akibat masalah brek sewaktu cuba untuk keluar dari kawasan parkir lalu merempuh sebuah kereta Honda City dan tiga buah gerai makanan di bahu jalan tersebut.

Seorang peniaga cedera, dua pemandu terselamat

Seorang peniaga dilaporkan cedera terkena akibat tumpahan minyak panas dan dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala pemandu kereta Proton Saga dan Honda City kedua-duanya selamat.

Halo Telco tampil membantu peniaga

Ketua Pegawai Eksekutif Halo Telco, Saudara Mohd Shukri (Boss Shukex) tampil membantu peniaga gerai terbabit.  Setelah mendapat maklumat awal daripada pasukannya, beliau mula mendapatkan maklumat lanjut daripada peniaga-peniaga terbabit.

Beliau telah membeli satu set gerai MILO untuk salah seorang daripada tiga peniaga terbabit kemudian dihadiahkan secara percuma. Beliau juga akan menyediakan khemah meniaga baru, lengkap berserta dengan kelengkapan meniaga kepada dua peniaga yang lain yang turut terlibat di dalam kemalangan itu.

Inisiatif ini sememangnya patut dipuji kerana musibah yang melanda ini sama sekali tidak dijangka oleh peniaga terbabit. Sekiranya anda merupakan warga Kajang dan kawasan sekitarnya, jemput datang dan membeli daripada peniaga-peniaga gerai di tepi jalan seperti di Jalan Taman Mesra, Kajang ini dan berikan semangat kepada mereka untuk terus berniaga dan mencari rezeki yang halal.

Sekalung tahniah buat Mohd Shukri dan pasukan Halo Telco, semoga anda semua terus sukses dan boleh membantu ramai lagi peniaga selepas ini.