Bercakap tentang faraid dalam Islam, satu soalan yang paling banyak ditanya orang adalah: mengapa bahagian harta waris lelaki lebih banyak daripada perempuan?

Perkongsian kisah sebenar dari En. Luthfi Suib ini menjelaskan dengan tepat mengapa bahagian harta untuk waris lelaki lebih banyak daripada waris perempuan dalam hukum faraid Islam. Semoga kisah ini dapat memberi iktibar kepada kita semua.

——————————————

Ini perkongsian teammate saya yang kena basuh dengan stranger selepas perkongsiannya tentang hibah takaful menyelesaikan masalah faraid.

Ejen takaful [yang] menjual takaful jangan “jual agama” [terutamanya] tentang faraid. Ok??

Bila ejen takaful tanya: ada tak pengalaman mengendalikan pengurusan faraid?

Katanya ada. Alhamdulillah. Dan kesemuanya dah selesai dan penerima hak faraid tu dah dapat seadil-adilnya tanpa perlu gaduh-gaduh.

Encik tu mengendalikan kes faraid adiknya yang meninggal dunia pada 3 tahun lepas.

Arwah ada seorang isteri dan dua orang anak perempuan. Since arwah hanya ada anak perempuan, adik beradik lelaki berhak untuk dapat agihan faraid tu.

Islam dah bagi petunjuk yang paling bagus untuk kita ikuti. So bila dah dapat pampasan, ia bukannya sekadar dapat duit semata-mata.

Ia datang sekali dengan tanggungjawab. Sebagai seorang adik/abang merangkap pakcik kepada anak-anak arwah kena akan jadi wali kepada anak-anak tu.

Bila ejen tanya tentang tanggungjawab seorang pakcik kepada anak-anak saudara dia, dia cakap bukan tanggungjawab dia untuk menyara anak saudara dia.

Tanggungjawab untuk sara anak-anak arwah terletak kepada ibu dia. Sebab ibu dia masih ada.

Whatttt?

Katanya lagi, pakcik hanya bertanggungjawab jika anak-anak saudara nak berkahwin nanti.

Ibu depa tu berniaga, ada income sendiri dan boleh sara anak-anak. Tak perlu dia tanggung.

Masa arwah masih ada, arwah tanggung semua sebab [ada] kerja dan gaji. Bila arwah takdak, ibu cari income sendiri.

Bila tanya bila tanya bila last jumpa anak-anak saudara, dia cakap jumpa 3 tahun lepas.

Nampak gaya macam tak ambik tahu.

Bila tanya lagi tentang wali, nampaknya dia hanya rasa wali tanggungjawab untuk kahwin je. Bukan untuk jaga. Takkan pakcik nak pandai-pandai jaga keluarga orang?

Tambahan lagi, lepas arwah meninggal, isteri arwah dan anak-anak semua dah keluar dari rumah dan pindah ke tempat baharu.

Sebab apa keluar dari rumah? Sebab, rumah arwah kena jual sebab tak mampu nak bayar bahagian faraid.

Aduh, bab kena jual rumah dek tak mampu nak bayar bahagian faraid ni la yang saya hancur hati.

Sampai hati keluarga dia buat macam tu dekat balu yang kematian suami.

Dah tak ada rumah, nak tinggal kat mana? Geram betul rasanya.

Sebagai pakcik kepada anak-anak saudara perempuan, bukannya sekadar wali untuk menikah.

It’s more than that actually.

Ni adalah tanggungjawab seorang adik/abg atau pakcik yang menerima sebahagian daripada agihan faraid.

Bab jual rumah arwah tu memang tak boleh accept. Hmmm…

Rumah adalah ‘syurga’ bagi setiap rumahtangga.

Jual rumah tu hilanglah syurga dan kenangan bersama-sama dalam satu keluarga terutamanya dengan arwah.

Agihan faraid ikut hak tu baik.

Cuma tanggungjawab je yang tak kena. Kena imbang hak, tanggungjawab dan emosi pihak yang kematian suami/ayah.

Hukum faraid dah cantik, perfect cuma ia datang dengan tanggungjawab.

Orang kita suka ambik yang mudah dan nampak depan mata tapi lupa disebaliknya.

Semoga kita semua dapat pedoman daripada perkongsian ni.

Pengajaran dari sini:

Ejen takaful (dan kita semua yang berilmu) bukannya kena educate orang perempuan (si isteri) semata-mata tentang pengendalian & pengagihan ikut peratusan.

Kita semua perlu educate orang lelaki terutamanya adik & abang kita supaya jadi amanah, tanggungjawab dan adil.

Saya terasa hati tentang jual rumah sebab balu tak mampu nak bayar / ganti bahagian hak faraid.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pengurusan kewangan: