Pernah tak anda tertanya-tanya – bagaimana filem Hollywood merakam suara pelakon dengan jelas dalam babak aksi sesebuah filem?

Dalam filem aksi, pelakon biasanya tidak akan memakai clip mic semasa melakukan babak yang padat dengan aksi.

Anda mungkin akan kata, boom mic adalah solusinya. Tetapi kekangan utama boom mic adalah ia memerlukan pengendali dan sangat tak sesuai dalam babak yang menuntut banyak pergerakan daripada pelakon.

Jadi bagaimana kru filem merakam suara pelakon dalam babak aksi?

Jawapannya adalah dengan melakukan voiceover – di mana pelakon perlu datang ke studio dan merakamkan suara mereka berdasarkan visual aksi yang telah dirakam terlebih dahulu.

Inilah cara bagaimana kru filem aksi Logan (2017) merakam audio pelakon utamanya, Hugh Jackman, dalam babak aksi.

Anda boleh saksikan caranya melalui video di bawah:

Baca juga artikel lain yang berkaitan: