Kerajaan India dilaporkan telah menghantar permohonan rasmi kepada kerajaan Malaysia supaya mereka boleh mengekstradisi Dr Zakir Naik.
Sumber kerajaan India memberitahu media:
“Kerajaan telah menghantar satu permohonan rasmi kepada Malaysia untuk mengekstradisi Zakir Naik, dan kerajaan sedang mengikuti perkembangannya.”
Dr Zakir Naik yang telah tinggal di Malaysia sejak 2017 (dilaporkan di Putrajaya) bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan melakukan aktiviti penggubahan wang haram di India.
Penceramah popular itu juga terlibat dalam siasatan polis India dan Bangladesh kerana penglibatannya dalam kes serangan pengganas di Holey Artisan Bakery di Dhaka pada Julai 2016.
Sebelum ini kerajaan India melalui Perdana Menterinya, Narendra Modi pernah bertanya tentang kemungkinan mengekstradisi Dr Zakir Naik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Modi dilaporkan bertanya tentang kemungkinan itu kepada Mahathir semasa kedua-dua pemimpin tersebut berjumpa di Forum Ekonomi Timur Ke-5 di Russia pada September 2019.
Bagaimanapun Mahathir memberitahu media tempatan pada September 2019 lepas Modi tidak membuat permohonan tersebut kepadanya semasa berjumpa di Russia.
“Saya ada jumpa Modi. Dia tak bangkitkan isu [ektradisi]. Dia ada sebut nama Zakir Naik. Tapi dia tak minta supaya Zakir Naik dihantar pulang ke India.”
Menurut Mahathir lagi, beliau memberi kebenaran kepada Dr Zakir Naik untuk terus duduk di Malaysia kerana ‘tak banyak negara nak bagi dia duduk’.
“Kita cuba juga cari negara lain yang dia boleh pergi tapi pada masa sekarang, tak ada negara yang nak menerimanya.”
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengaku Zakir telah melanggar kriteria PR (Penduduk Tetap) beliau apabila memberi komen terhadap sistem politik Malaysia.
Dalam satu ceramahnya di Kelantan, Dr Zakir Naik membangkitkan kemarahan sesetengah rakyat Malaysia apabila memberi komen tentang bangsa Cina.
“…Malaysia jadi negara Muslim. Kemudian bangsa China datang, bangsa India datang, bangsa British datang. Mereka adalah tetamu baru kita.
“Orang cakap saya adalah tetamu. Jadi saya cakap, sebelum saya datang, Cina pun tetamu. Jika awak nak suruh saya balik, suruhlah tetamu lama balik juga.
“Orang Cina kebanyakannya tak lahir di sini. Mungkin generasi muda, ya.