Beberapa pemegang akaun kad debit CIMB Bank meluahkan rasa berang mereka kepada CIMB Bank di media sosial selepas mendapati ada beberapa transaksi pengeluaran meragukan dilakukan daripada akaun mereka.
Tidak cukup dengan itu, kelambatan Bahagian Servis Pelanggan CIMB Bank untuk memberi respon memuaskan kepada pertanyaan membuatkan pemegang akaun bank tersebut menjadi bertambah bengang.
lancau lu la sotong @CIMB_Assists @CIMBMalaysia pic.twitter.com/TUeJfTj56c
— zikri (@zikrisbrddn) April 3, 2020
Majoriti netizen mengadu berlakunya transaksi yang digelar ‘direct debit’ yang melibatkan amaun daripada sekecil RM3 hingga ribuan ringgit.
AIkk kena gak.. apa kes ni @CIMBMalaysia #CIMB pic.twitter.com/XQZzcULL3W
— Min Shamsuddin #StayAtHome (@MinShamsuddin) April 4, 2020
Menurut yang terkesan, mereka tidak dapat mengenalpasti asal-usul transaksi tersebut kerana ia tak melibatkan amaun biasa pada setiap bulan.
I seem to have kena this CIMB random money taken out of account thing that is all over Twitter now. @CIMB_Assists I have DM you for some help about this, hope you can reply soon. pic.twitter.com/GVVFVoEbW9
— Paul Tan (@paultantk) April 3, 2020
Bangun-bangun tengok CIMB is trending with scam issues. Then I immediately check my CIMB bank account! Me also got scam!!!!!!!!!!!!!!!!! @CIMB_Assists please do something this is not a small amount of money. pic.twitter.com/CqRQnhxqr5
— Ahmad Syazwan Shah (@Syazwan_Shah) April 3, 2020
Apabila netizen yang terkesan cuba melihat sumber transaksi ‘direct debit’ yang meragukan itu (dengan menekan anak panah merah di sebelah amaun), mereka melaporkan tiada apa-apa maklumat diberi oleh CIMB.
Ini memyebabkan mereka mengesyaki ada berlakunya transaksi ‘direct debit’ yang tidak mendapat kebenaran mereka.
Tambahan pula semua transaksi ‘direct debit’ ini tiada notifikasi SMS yang diterima oleh pelanggan sepertimana yang biasa sebelum ini.

Majoriti netizen yang terkesan memberitahu kejadian ini mula berlaku baru-baru ini, sekitar hujung Mac dan awal April 2020.
Direct Debit merujuk kepada sebarang transaksi Kad Debit yang melibatkan peniaga luar negara atau pembelian serta langganan atas talian. Contohnya adalah transaksi yang melibatkan langganan Netflix atau Spotify.
Ia berbeza dengan transaksi ‘POS Debit’ yang merujuk kepada sebarang transaksi yang menggunakan Kad Debit sebagai medium pembayaran. Ia termasuk transaksi yang digunakan pada terminal (swipe/masukkan pin), transaksi atas talian dan juga pembayaran kepada pihak insurans.
Respon dari CIMB Bank bagaimanapun mengesahkan pemegang kad debitnya bahawa semua transaksi Direct Debit adalah transaksi sah yang dilakukan oleh pelanggan sendiri.
We would like to reassure affected customers that the recent ‘direct debit’ transactions are legitimate debit card transactions done by customers. These were isolated incidents relating to incomplete transactions performed by customers with overseas merchants such as online (1/2)
— CIMB Assists (@CIMB_Assists) April 4, 2020
“Kes-kes ini merupakan insiden jarang-jarang berlaku yang berkait dengan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti servis langganan atas talian.”
“Bagaimanapun deskripsi transaksi tersebut telah diberi nama ‘direct debit’ hingga menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan kami. Kami memohon maaf atas kekeliruan ini dan akan berhubung terus dengan pelanggan yang terlibat.”
Penjelasan CIMB Bank itu ada kebenarannya kerana banyak netizen melaporkan transaksi ‘direct debit’ sebanyak RM15.05 yang berlaku pada awal April 2020.
Akaun CIMB penulis juga mempunyai transaksi ‘direct debit’ sebanyak RM15.05 yang berlaku pada awal April 2020. Tetapi penulis dapat mencari sumber transaksi tersebut (dari SMS dan aplikasi CIMB Clicks) dan mendapati ia sebenarnya berasal dari langgan Spotify.
Langganan Spotify sebelum ini berharga RM14.90. Penulis tidak dapat memastikan sejak bila dan mengapa harga langganan Spotify naik dari RM14.90 ke RM15.05.
Barangkali kenaikan harga inilah yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya dari mana asal-usul transaksi sebanyak RM15.05 ini.


Transaksi ‘direct debit’ sebanyak RM55.55 yang juga dilaporkan oleh netizen pula disyaki berasal daripada langganan Netflix.
Tetapi transaksi berjumlah lain masih lagi tidak dapat dipastikan sumbernya dari mana.
CIMB Bank menasihat pelanggannya yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai transaksi meragukan untuk menghubungi talian servis pelanggan mereka di 03-62047788.
CIMB Bank turut mengingatkan pelanggannya bahawa talian servis pelanggan mereka hanya beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 7 malam disebabkan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).