Portal berita The Malaysian Insight melaporkan syarikat pembekal hiburan digital terbesar di Asia Tenggara, iflix terpaksa membuang sejumlah pekerja mereka disebabkan impak penularan COVID-19.

Keputusan tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif, Marc Barnett ketika dihubungi oleh TMI. Beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar pekerja yang akan dibuang tetapi menurut sumber lebih 50 pekerja iflix sudah dibuang.

“Industri ini tidak kebal dengan keadaan yang pertama kali berlaku ini. Keputusan kami untuk mengurangkan jumlah tenaga syarikat dibuat selepas pertimbangan teliti dan serentak dengan langkah pengurangan kos lain bagi membolehkan syarikat bertahan dalam tempoh yang tidak menentu dan tiada kepastian ini.”

iflix-buang-pekerja

“Tumpuan kami kekal untuk memacu perniagaan melalui pusingan balik modal pada 2021 dan langkah ini untuk memastikan kami kekal dalam laluan dan boleh mengemudi cabaran semasa,” tambahnya lagi.

Syarikat hiburan digital yang berpengkalan di Kuala Lumpur semenjak ditubuhkan pada 2014 itu akan berusaha sebaik mungkin untuk menyokong para pekerja yang terjejas.

Mereka juga dipercayai berdepan masalah pembayaran hutang menjelang tarikh akhir untuk penyenaraian saham awam yang dijadualkan pada Julai depan.

Dalam laporan kepada pemegang kepentingan syarikat, Barnett menyatakan pengguna aktif bulanan iflix mencecah rekod tertinggi seramai 21 juta pengguna, meningkat lebih 40% sejak awal tahun ini.

Syarikat itu juga mencapai sasaran keuntungan suku pertama bagi tahun 2020.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, iflix telah melanjutkan pas VIP percuma untuk semua penggunanya yang turut menjejaskan keuntungan syarikat itu secara langsung.

Kami di Rencah menjangkakan keadaan ekonomi pasca COVID-19 akan bergerak perlahan dan memakan masa yang lama untuk pulih seperti biasa. Pakar turut meramalkan seramai 4 juta pekerja swasta akan kehilangan kerja mereka akibat penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Baca lagi artikel menarik lain yang berkaitan COVID-19:

Sumber: