Pandemik COVID-19 yang semakin serius di Amerika Syarikat menyebabkan negeri-negeri di bawah naungannya melaksanakan perintah berkurung di rumah.

Gabenor Nevada, Steve Sisolak turut mengeluarkan arahan supaya semua penduduk Nevada hanya tinggal di dalam rumah dan menutup hampir kesemua aktiviti perniagaan yang tidak penting termasuklah institusi pendidikan bermula 1 April lepas.

Sehingga semalam, angka kes positif COVID-19 di Nevada telah mencapai sebanyak 3,321 orang dengan jumlah korban seramai 137 orang.

covid-19-nevada
Jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di Nevada

Menurut laporan, Nevada dan Florida adalah 2 buah negeri yang paling teruk terjejas akibat penularan wabak COVID-19 disebabkan oleh hasil utama ekonomi negeri tersebut bergantung kepada industri pelancongan.

Di samping itu, Nevada juga dijangka akan merekodkan defisit sehingga $150 Juta dolar dalam tempoh 18 bulan akan datang berikutan penutupan sektor perniagaan yang disenaraikan sebagai tidak penting.

Langkah penutupan sektor perniagaan tersebut telah membangkitkan tentangan daripada Datuk Bandar Las Vegas iaitu Carolyn Goodman.

Beliau telah menggesa Steve Sisolak untuk membenarkan semula sektor perniagaan yang ada untuk kembali beroperasi seperti biasa. Malah tindakan drastik yang dilaksanakan oleh Gabenor itu dilabel sebagai tidak masuk akal olehnya.

Menurut Carolyn, tiada perancangan rapi tentang bagaimana mereka akan dapat meneruskan kelangsungan hidup ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di kawasan mereka.

Carolyn turut mengadakan beberapa perbincangan bersama pemain industri berkaitan pembukaan semula sektor perniagaan tersebut.

Pemimpin wanita itu berkata dia tidak akan berdiam diri selagi isu itu tidak diselesaikan segera. Hal ini kerana penutupan sektor perniagaan di Las Vegas bakal menjejaskan kesemua penduduknya.

Las-Vegas

Jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, potensi untuk kembali kepada kehidupan normal yang dulu adalah tipis malahan penduduk juga tidak lagi dapat menikmati keselesaan kehidupan mereka.

Di samping itu, Carolyn menyatakan bahawa setiap penduduk tahu akan tanggungjawab mereka dalam membendung penularan wabak merbahaya itu dengan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga termasuklah amalan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan.

Baca juga artikel lain mengenai impak COVID-19 di seluruh dunia:

Sumber: