Apakah extensions yang wajib dipasang di Google Chrome komputer peribadi anda? Kami senaraikan sembilan daripadanya:

1. The Great Suspender

Extension ini membolehkan anda ‘membekukan’ tabs yang anda tak guna (tapi tak nak tutup) dan buka balik (selepas refresh tab tersebut) tanpa membuatkan browser anda crash. Ia meminimumkan penggunaan memori komputer anda apabila membuka tab banyak-banyak.

(Sila klik) The Great Suspender

2. Decreased Productivity

Extension ini akan membuang formatting di websites supaya ia nampak macam anda tengah baca websites serius dan boring. Sesuai untuk anda yang suka browse websites yang tak berkaitan dengan kerja masa tengah kerja tanpa menarik perhatian orang lain.

(Sila klik) Decreased Productivity

3. LastPass: Free Password Manager

Jika anda guna satu password sama banyak kali di Internet, anda kena berhenti. Sebab anda berisiko untuk di-hack. LastPass membantu anda mencipta password yang secure dan boleh di-save/autofill. Password anda juga akan ada encyrption; sekaligus membuatkan ia secure. Ia juga boleh import passwords yang dah memang anda save di Chrome Password Manager sebelum ini.

(Sila klik) LastPass: Free Password Manager

4. I don’t care about cookies

Pernah tak anda masuk mana-mana websites, kemudian dia bagi notification ‘Do you accept cookies’? Well, dengan extension ini anda boleh remove cookie pop-up dialogues terus.

(Sila klik) I don’t care about cookies

5. Block Site

Extension ini membantu anda untuk kekal produktif masa kerja. Jika anda suka masuk website bukan-bukan masa kerja, Block Site akan block website tersebut. Lepas kerja dah siap, anda boleh unblock balik websites tersebut.

(Sila klik) Block Site

6. Grammarly

Jika anda tak sure apa kesalahan grammar anda semasa menulis dalam English, extension ini perfect untuk anda. Ia akan menggariskan kesalahan ejaan dan tatabahasa English anda dan memberi pembetulan.

(Sila klik) Grammarly

7. Disconnect

Extension ini akan block website trackers (yang digunakan oleh sesetengah website untuk target iklan kepada anda) dan membuatkan website load lebih laju!

(Sila klik) Disconnect

8. Bananatag Email Tracking

Anda dah send resume melalui email tapi tak pasti orang tu dah buka atau tak? Anda dah send email kerja tapi tak sure staf anda dah baca ke belum? Bananatag membolehkan anda tahu bila dia buka, berapa kali dia buka dan link mana yang dia klik di email anda.

(Sila klik) Bananatag Email Tracking

9. SimpleUndoClose

Anda tertutup tab? Malas nak check history untuk buka balik tab yang tertutup tu? Extension ini membolehkan anda buka balik tab yang tertutup itu tanpa membuka history.

(Sila klik) SimpleUndoClose

Baca juga artikel kami yang lain mengenai teknologi: