Wabak COVID-19 yang kian meruncing ketika ini memberi impak yang sangat besar terhadap perkembangan ekonomi negara yang terjejas. Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan mempengaruhi kadar perbelanjaan orang ramai yang bimbang dijangkiti wabak merbahaya tersebut.

Sebuah zoo yang terletak di Berlin tidak terlepas daripada masalah kewangan yang serius pada waktu ini. Pihak pengurusan zoo berkenaan mengharap bantuan dari orang ramai untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada dalam zoo itu.

Zoo-Neumunster

Sumbangan derma itu juga akan digunakan untuk para petugas meneruskan operasi zoo berkenaan seperti biasa sungguhpun ia tidak lagi menerima kunjungan pelawat akibat pelaksanaan PKP di negara itu.

Zoo berkenaan menerima jumlah pelawat yang tinggi pada musim cuti sekolah dan ketika hujung minggu. Kutipan tiket yang diperoleh digunakan oleh pihak pengurusan dalam operasi zoo dan kos pembelian makanan untuk semua haiwan di bawah jagaan mereka.

Zoo-Neumunster

Menurut Pengarah Zoo itu, Verena Kaspari, jika keadaan semakin mendesak ada kemungkinan besar beberapa haiwan terpaksa dikorbankan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan lain.

“Kami telah menyenaraikan haiwan yang akan disembelih dahulu,” kata Pengarah Zoo itu kepada portal berita Die Welt.

Langkah tersebut mungkin pilihan terakhir yang boleh dilaksanakan sungguhpun kelihatan agak ‘kejam’ daripada membiarkan kesemua haiwan di dalam zoo berkenaan mati akibat kebuluran.

zoo-neumunster

Kerugian yang bakal dialami oleh pihak zoo tersebut pada musim bunga ini dianggarkan akan mencecah sehingga €175,000 iaitu kira-kira RM832,000.

Negara Jerman ketika ini sudahpun mencatatkan hampir 132,210 kes positif COVID-19 dengan 3,495 angka kematian.

Baca juga artikel lain mengenai impak COVID-19 di bawah:

Sumber: