Dengan langganan Disney+ Hotstar yang baru sahaja diumumkan secara rasmi di Malaysia dengan pelancarannya pada 1 Jun 2021, ramai yang mula berkira-kira untuk menonton kesemua filem-filem Marvel Cinematic Universe mengikut urutan.

Terdapat keseluruhan 23 buah filem di bawah kelolaan Marvel Cinematic Universe yang ditayangkan selama sepuluh tahun bermula 2009 hingga 2019. Namun begitu, terdapat tiga filem yang tidak berada di dalam senarai Disney+ Hotstar iaitu The Incredible Hulk, Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home.

Baki tiga lagi filem ini perlu ditonton di tiga lagi medium berbeza seperti Prime Video untuk The Incredible Hulk, Netflix untuk tontonan Spider-Man: Homecoming dan juga HBO GO yang menayangkan filem Spider-Man: Far From Home.

Berikut merupakan urutan kronologi filem-filem Marvel Cinematic Universe:

1. Captain America: The First Avenger (2011)

Kredit gambar: http://moviemarker.co.uk/captain-america-the-first-avenger-2011/

Latar masa filem ini adalah tahun pada tahun 1941 dan dunia sedang berada di dalam kancah Perang Dunia Kedua. Filem ini berkisarkan tentang Steve Rogers yang ingin membantu dengan memohon untuk menyertai angkatan tentera Amerika, tetapi permohonannya ditolak kerana susuk fizikalnya yang kecil. Akhirnya, Steve mendapat peluang ketika dia diterima dalam program eksperimen yang mengubahnya menjadi seorang supersoldier yang dinamakan sebagai Captain America. Bersama-sama dengan Bucky Barnes dan Peggy Carter, Captain America mengetuai perjuangan menentang organisasi HYDRA yang disokong oleh Nazi.

2. Captain Marvel (2019)

Kredit gambar: https://www.hotstar.com/my

Captain Marvel adalah pejuang Kree di angkasa lepas yang mendapati dirinya terperangkap di tengah pertempuran antara galaksi antara rakyat Kree dan Skrulls. Beliau pernah hidup di Bumi pada tahun 1995, dia terus mempunyai memori tentang kehidupannya sebagai Carol Danvers, seorang juruterbang bersama Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan bantuan Nick Fury, Captain Marvel cuba membongkar rahsia masa silamnya sambil menggunakan kuasa istimewanya untuk mengakhiri perang dengan Skrulls.

3. Iron Man (2008)

Kredit gambar: https://www.techradar.com/sg/news/with-iron-man-marvel-began-a-universe-of-flawed-heroes-and-tales-of-redemption

Tony Stark merupakan seorang genius, bilionair dan juga seorang yang dermawan. Ketika Tony Stark ditugaskan untuk memperkenalkan senjata baharu kepada sebuah unit tentera di Iraq yang diketuai oleh Lt. Col. James Rhodes, dia terpaksa menyelinap masuk ke kawasan musuh. Perjalanan itu berakhir dengan teruk apabila Humvee yang dinaikinya diserang oleh tentera musuh. Dia nyaris terselamat, dengan dada yang dipenuhi serpihan besi dan bateri kereta yang melekat di jantungnya. Untuk terus bertahan, Tony Stark mencipta cara untuk mengecilkan bateri tersebut dan menjumpai kuasa lain yang boleh diaktifkan melalui bateri tersebut. 

4. Iron Man 2 (2010)

Kredit gambar: https://www.techradar.com/sg/news/iron-man-2-and-the-mcus-first-real-stumble-with-villains

Apabila seluruh dunia tahu bahawa beliau merupakan Iron Man, Tony Stark menghadapi tekanan berterusan dari semua pihak untuk berkongsi teknologinya dengan tentera. Tony Stark enggan membocorkan rahsia baju perisainya, kerana bimbang maklumat tersebut jatuh ke tangan yang salah. Bersama Pepper Potts dan “Rhodey” Rhodes di sisinya, Tony mesti mencipta pakatan baru dan menghadapi musuh baru yang jauh lebih kuat.

5. The Incredible Hulk (2008)

Kredit gambar: https://collider.com/does-the-incredible-hulk-mcu-movie-hold-up/

Saintis bernama Bruce Banner berusaha bermati-matian mencari penawar untuk radiasi gamma yang mencemari sel-sel di dalam badannya dan mengubahnya menjadi The Hulk. Terpisah dari cinta sejatinya Betty Ross dan terpaksa bersembunyi dari musuhnya, Jeneral Thunderbolt Ross, Banner kemudiannya terpaksa berhadapan dengan ancaman baru iaitu musuh yang sangat kuat yang dikenali sebagai The Abomination.

6. Thor (2011)

Kredit gambar: https://www.everymoviehasalesson.com/blog/2011/05/movie-review-thor

Sebagai anak kepada Odin, seorang raja bagi dewa-dewa Norse, Thor sepatutnya akan mewarisi takhta Asgard dari ayahnya yang sudah tua. Namun begitu, pada hari kemahkotaannya Thor bertindak balas dengan kejam ketika musuh para dewa, Frost Giants memasuki istana lantas melanggar perjanjian mereka. Sebagai hukuman, Odin membuang Thor ke Bumi. Sementara itu, Loki merancang untuk membuat kejahatan di Asgard. Thor yang kini tidak mempunyai sebarang kuasa istimewa pula terpaksa menghadapi ancaman terbesarnya.

7. The Avengers (2012)

Kredit gambar: https://sites.psu.edu/endgame/2019/03/27/the-avengers/

Apabila Loki mendapat akses kepada kuasa dari kiub tenaga Tesseract, Nick Fury yang merupakan pengarah SHIELD, memulakan usaha mengumpulkan superhero untuk mengalahkan ancaman yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap Bumi . Bergabung dengan “pasukan impian” Fury ialah Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Black Widow dan Hawkeye.

8. Iron Man 3 (2013)

Kredit gambar: https://www.hotstar.com/my

Diselubungi dengan kebimbangan dan masalah insomnia sejak menyelamatkan New York dari kehancuran, Tony Stark kini lebih bergantung pada persona dari sut Iron Man berbanding kehidupan sebenarnya. Setelah musuh jahat yang dikenal sebagai Mandarin menghancurkan kehidupan peribadinya, Tony Stark harus bergantung sepenuhnya pada naluri dan kepintaran untuk membalas dendam dan melindungi orang yang dicintainya.

9. Thor: Dark World (2013)

Kredit gambar: https://www.techradar.com/sg/news/is-thor-the-dark-world-really-the-worst-mcu-movie

Pada zaman kuno, dewa-dewa Asgard bertempur dan memenangi perang melawan bangsa jahat yang dikenali sebagai Dark Elves. Yang selamat dineutralkan dan senjata utama mereka bernama Aether ditanam di lokasi rahsia. Ratusan tahun kemudian, Jane Foster menemui Aether dan menggunakannya lantas memaksa Thor membawanya ke Asgard sebelum Dark Elf Malekith menangkapnya dan menggunakan senjata itu untuk menghancurkan Nine Realms, termasuk Bumi.

10. Captain America: The Winter Soldier (2014)

Kredit gambar: https://criticforhire.wordpress.com/2016/05/20/on-your-left-captain-america-the-winter-soldier-2014/

Selepas bencana di New York bersama rakan-rakannya Avengers, Captain America tinggal di ibu negara tersebut sambil berusaha menyesuaikan diri dengan zaman moden. Serangan ke atas rakan sekerjanya di S.H.I.E.L.D. memerangkap Steve Rogers ke dalam jaringan muslihat yang meletakkan seluruh dunia di dalam keadaan bahaya. Bergabung dengan Black Widow dan sekutu baharu mereka, Falcon, Steve Rogers berjuang untuk menentang konspirasi yang semakin melebar, tetapi dia dan pasukannya akhirnya menentang musuh yang tidak dijangka.

11. Guardians Of The Galaxy (2014)

Kredit gambar: https://strikingfilmreviews.wordpress.com/2020/12/19/guardians-of-the-galaxy-2014/

Peter Quill mendapati dirinya diburu oleh pemburu ganjaran setelah dia mencuri bola kuasa yang didambakan oleh Ronan, seorang penjahat yang kuat. Untuk menghindari anacaman Ronan, Quill dipaksa bersetuju dengan gencatan senjata bersama Rocket Raccoon, Gunro-humanoid Groot, Gamora dan Drax the Destroyer. Tetapi ketika dia menemui kekuatan sebenar bola kuasa tersebut dan ancaman yang bakal ditimbulkannya, Quill mesti mengetuai kumpulannya untuk menyelamatkan alam semesta.

12. Guardians of the Galaxy Vol 2 (2017)

Kredit gambar: http://trilbee.com/reviews/guardians-of-the-galaxy-vol-2-2017-movie-review

Peter Quill dan rakan-rakannya Guardians diupah oleh bangsa asing yang kuat, Sovereign, untuk melindungi bateri berharga mereka dari penjajah. Apabila didapati bahawa Rocket Raccoon telah mencuri barang-barang yang sepatutnya dilindungi oleh Guardians, Sovereign menghantar tentera mereka untuk membalas dendam. Semasa Guardians cuba melarikan diri, misteri asal keturunan Peter Quill terbongkar.

13. Avengers: Age of Ultron (2015)

Kredit gambar: https://www.denofgeek.com/comics/avengers-age-of-ultron-everything-you-need-to-know/

Ketika Tony Stark cuba menghidupkan kembali satu program yang tidak aktif, segalanya menjadi serba tidak kena. Keadaan ini memaksa Tony Stark, Thor, Incredible Hulk serta pasukan Avengers yang lain untuk berkumpul kembali. Ketika nasib Bumi berada dalam keadaan tidak menentu, Avengers akan diuji ketika mereka bertarung dengan Ultron, teknologi jahat yang cenderung pada kemusnahan manusia. Mereka juga menemui dua pendatang misteri baru yang hebat iaitu Pietro dan Wanda Maximoff.

14. Ant-Man (2015)

Kredit gambar: https://theroarnews.com/2015/07/19/paul-rudd-vs-bald-rudd-ant-man-renews-hope-for-marvel-films-once-again/

Setelah dipaksa untuk keluar dari syarikatnya sendiri oleh bekas anak didik Darren Cross, Dr. Hank Pym merekrut bakat Scott Lang, seorang pencuri yang baru dibebaskan dari penjara. Lang menjadi Ant-Man, dilatih oleh Pym dan dipersenjatai dengan sut yang membolehkan dirinya mengecilkan saiz fizikalnya dan memiliki kekuatan luar biasa. Ant-Man perlu menggunakan segala kekuatan dan kehandalan baharu ini untuk menghalang Darren Cross, juga dikenali sebagai Yellowjacket, dari menyiapkan teknologi yang sama dan menggunakannya sebagai senjata kejahatan.

15. Captain America: Civil War (2016)

Kredit gambar: https://medium.com/homeland-security/homeys-on-film-captain-america-civil-war-2016-c1777758e4ce

Tekanan politik meningkat untuk Avengers memiliki sistem pengawasan oleh pihak pemerintah apabila tindakan mereka ada ketikanya membawa kepada kerosakan harta benda awam. Perubahan mendadak terhadap status quo ini nampaknya bakal memecahbelahkan Avengers. Captain America percaya bahawa mereka harus bebas untuk mempertahankan kemanusiaan tanpa campur tangan pemerintah. Iron Man pula tidak setuju dengan pandangan Captain America dan menyokong pengawasan. Ketika perdebatan di antara mereka semakin meningkat, Black Widow dan Hawkeye terpaksa membuat keputusan.

16. Spider-Man: Homecoming (2017)

Kredit gambar: http://thehkneo.com/blog/?p=5895

Masih teruja dengan pengalaman bersama pasukan Avengers, Peter Parker pulang ke rumahnya untuk kembali tinggal bersama Makcik May. Di bawah pengawasan mentornya Tony Stark, Parker mula mendalami identiti barunya sebagai Spider-Man. Dia juga berusaha untuk kembali ke rutin hariannya yang normal, biarpun terganggu oleh pemikiran untuk membuktikan dirinya lebih dari sekadar superhero kejiranan. Kehebatan dan kekuatan fizikal dan mental Peter kemudiannya diuji apabila Vulture yang jahat muncul dan mengancam semua yang dia sayangi.

17. Doctor Strange (2016)

Kredit gambar: https://movietvtechgeeks.com/doctor-strange-first-15-minutes-imax-3d-everything-want-mcu/

Kehidupan Dr Stephen Strange berubah setelah mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan tangannya tidak boleh berfungsi. Apabila ubat tradisional juga gagal, dia mencari penyembuhan dan harapan di sebuah perkampungan misteri. Dia kemudiannya sedar bahawa perkampungan itu merupakan barisan hadapan untuk menghadapi pertempuran melawan kekuatan jahat yang sedang berusaha menghancurkan dunia realiti. Akhirnya, Strange terpaksa memilih antara kekayaan dan status hidupnya atau mempertahankan dunia sebagai seorang ahli sihir yang kuat.

18. Black Panther (2018)

Kredit gambar: https://www.wired.com/story/full-black-panther-trailer/

Setelah kematian bapanya, T’Challa pulang ke negara Wakanda di Afrika untuk ditabalkan sebagai raja. Musuh yang kuat tiba-tiba muncul kembali memaksa T’Challa bertempur sebagai seorang raja. Sebagai Black Panther, T’Challa diuji ketika dia terlibat dalam konflik yang membahayakan nasib Wakanda dan seluruh dunia. Menghadapi bahaya dan pengkhianatan, raja muda itu harus mengumpulkan sekutunya dan menggunakan segala kekuatan Black Panther untuk mengalahkan musuh-musuhnya dan menjamin keselamatan rakyatnya.

19. Thor: Ragnarok (2017)

Kredit gambar: https://bagogames.com/thor-ragnarok-2017-movie-review/

Dipenjara di alam lain, Thor menemukan dirinya di dalam satu pertandingan hidup mati gladiator dan terpaksa menentang Hulk, rakan lamanya dalam Avengers. Pencarian Thor untuk kekal hidup telah membawa dia dalam satu perlumbaan dengan masa bagi mengelakkan Hela dari memusnahkan dunia asalnya dan peradaban Asgard.

20. Avengers: Infinity War (2018)

Kredit gambar: https://thatfilmandgameblog.wordpress.com/2018/04/28/avengers-infinity-war-2018-review/

Iron Man, Thor, Hulk dan pasukan Avengers yang lain bersatu untuk memerangi musuh mereka yang paling kuat iaitu Thanos. Dalam misi untuk mengumpulkan keenam-enam Infinity Stones, Thanos merancang untuk menggunakan artifak kuasa tersebut untuk mengubah dunia mengikut kehendaknya. Masa depan dan nasib Bumi kini menjadi keutamaan perjuangan Avengers.

21. Ant-Man and The Wasp (2018)

Kredit gambar: https://www.cbr.com/ant-man-the-wasp-coronavirus-fan-art/

Scott Lang bergelut dengan situasinya sebagai superhero dan seorang bapa. Beliau kemudiannya didatangi oleh Hope van Dyne dan Dr. Hank Pym dan Scott Lang sekali lagi perlu mengenakan sut Ant-Man dan bertarung di samping Wasp. Misi mustahak ini membawa kepada pendedahan rahsia dari masa lalu ketika duo dinamik itu berada dalam pertempuran epik melawan musuh baru yang kuat.

22. Avengers: Endgame (2019)

Kredit gambar: https://www.pinterest.com/pin/649644314977779552/

Tertinggal di ruang angkasa tanpa makanan atau air, Tony Stark menghantar mesej kepada Pepper Potts ketika bekalan oksigennya mulai berkurangan. Sementara itu, Avengers yang lain seperti Thor, Black Widow, Captain America dan Bruce Banner perlu mencari jalan untuk mengembalikan sekutu mereka untuk mengharungi satu lagi pertarungan epik dengan Thanos.

23. Spider-Man: Far From Home (2019)

Kredit gambar: https://www.rottentomatoes.com/m/spider_man_far_from_home

Percutian santai Peter Parker di Eropah membawa kepada kejadian yang tidak dijangka ketika Nick Fury muncul di bilik hotelnya dan meminta Peter menyertai satu misi. Dunia berada dalam keadaan bahaya kerana terdapat empat makhluk unsur besar, masing-masing mewakili unsur tanah, udara, air dan api tiba-tiba muncul dan membuat kekacauan. Peter Parker perlu segera memakai sut Spider-Man untuk menolong Fury dan rakannya Mysterio menghentikan entiti jahat ini daripada membuat kekacauan di seluruh dunia.

Perintah Kawalan Pergerakan nampaknya disambung untuk dua minggu lagi. Sekiranya anda ada masa terluang, beli popcorn dan tonton kesemua filem-filem Marvel Cinematic Universe mengikut urutan ini.