Apple melancarkan generasi kedua iPhone SE yang dinamakan iPhone SE 2020. Produk terbaru Apple ini dijual pada harga bermula daripada RM1,999 untuk model 64GB dan meningkat ke RM2,699 untuk model 256GB.

Terdapat tiga warna ditawarkan dalam model ini iaitu hitam, putih dan (Product) RED.

Jika anda dapat melihat persamaan model Apple iPhone SE 2020 dengan iPhone 8, anda tak tersalah tengok. Rupa kedua-dua telefon ini memang sama.

iPhone SE 2020 mempunyai skrin LCD 4.7 inci, rekaan bevel dan butang home yang turut digunakan dalam iPhone 8. Jadi secara asasnya iPhone SE 2020 merupakan penjenamaan semula iPhone 8 dengan satu perbezaan utama: prestasinya.

Dilengkapi oleh cip pemprosesan A13 Bionic – cip sama yang digunakan dalam iPhone 11 dan iPhone 11 Pro – bermakna iPhone SE 2020 boleh melakukan sebarang tugas secekap iPhone 11 dan iPhone 11 Pro.

Dari segi gambar, iPhone SE 2020 dilengkapi dengan sebuah kamera belakang 12 megapixel. Mungkin kameranya tidak sehebat kamera kebanyakan telefon pintar model lain, tetapi ia memberi ruang kepada pengguna untuk memiliki iPhone tanpa perlu makan Maggi setiap hari.

iPhone SE 2020 akan mula dijual bermula 24 April ini. Pra-tempahan pula dibukan pada esok, 17 April di laman sesawang rasmi Apple bermula jam 8 malam.

Lihat video pelancaran iPhone SE 2020 di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=SQIbeAk-bFA

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Apple: