Logo Supreme sememangnya mimpi ngeri kepada peminat sesebuah produk. Asal sahaja diletakkan logo Supreme di atasnya, maka harga sesuatu produk itu terus melammbung naik.

Daripada baju, seluar, beg, jaket sehinggalah ke batu-bata, asalkan ada logo Supreme, ianya akan menjadi sangat mahal.

Terbaru Oreo mengumumkan kolaborasi dengan Supreme. Di mana mereka mengeluarkan versi edisi terhad untuk Oreo perisa Red Velvet.

Ianya seperti Oreo yang lain dan nampak biasa. Cuma, hanya dengan adanya logo Supreme, ia terus menjadi mahal.

Jika sebelum ini pembeli di AS membeli pek 48 dengan harga $4 (RM12). Kini mereka boleh mendapatkan Oreo Supreme ini dengan $8 (32) untuk pek 3 biji.

Cerita dia tak berakhir di situ. Belum pun produk itu keluar, sudah ada yang membida harga daripada para reseller di eBay.

Di mana setakat ini nilai bidaan untuk biskut edisi terhad Oreo x Supreme itu diletakkan pada harga US$15,089.60 ataupun sekitar RM63,315.00 yang lebih mahal daripada sebuah Myvi cash.

Jadi sesiapa yang berminat boleh la terus ke eBay.