Syarikat teknologi pintar Apple telah menghasilkan topeng muka mereka sendiri dalam usaha untuk membantu petugas kesihatan menjalankan tugas mereka dengan lebih selamat.

Ramai yang tidak menyangka ianya adalah sesuatu yang betul-betul berlaku sehinggalah Apple menyediakan laman rasmi khas yang menunjukkan panduan penggunaan topeng muka rekaan mereka.

apple-imask

Apple telah berikrar menghasilkan sehingga 1 juta topeng muka dalam masa seminggu untuk digunakan di Amerika Syarikat. Ini diumumkan sendiri oleh Tim Cook di dalam sebuah video awal minggu ini.

Untuk pengetahuan, nama ‘iMask‘ bukanlah nama rasmi bagi topeng muka Apple ini tetapi ianya adalah panggilan yang diberi oleh orang ramai apabila khabar angin mengenai produk tersebut viral di laman sosial.

apple-imask

Topeng muka rekaan Apple ini diperbuat daripada plastik, dengan gelung pelikat dan cekak dahi yang diperbuat daripada silikon. Apple menyatakan topeng muka ini diharapkan dapat membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang semakin serius di sana.

Kekurangan alat pelindung peribadi merupakan satu perkara yang merencatkan usaha melawan penularan wabak korona virus di seluruh dunia. Mujur di Malaysia para frontliners menerima bantuan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Anda boleh baca artikel mengenai bantuan yang diberikan orang ramai kepada frontliners di negara kita: