Jika anda seorang yang suka menonton rancangan bual bicara hiburan terkenal Amerika ‘The Ellen DeGeneres Show’, anda pasti kenal dengan hos rancangan tersebut iaitu Ellen sendiri.

Menerusi rancangan tersebut, Ellen sering memberikan kata-kata semangat dan menggalakkan perkara-perkara positif seperti elemen keharmonian buat para penonton. Dia juga sering memberi kejutan buat tetamunya yang hadir dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik.

Tetapi tahukah anda, Ellen DeGeneres kini menjadi seorang watak antagonis Hollywood? Namanya disebut-sebut oleh netizen yang mendedahkan perangai jelik dan sifat buruknya secara terbuka di media sosial.

Segalanya bermula apabila selebriti terkenal YouTube, NikkieTutorials yang berkongsi mengenai perangai sebenar pengacara popular tersebut.

Nikkie dijemput menjadi tetamu khas bagi rancangan bual bicara The Ellen DeGeneres Show selepas dia membuat pengumuman mengejut mengenai status dirinya yang merupakan seorang transgender.

Namun pengalaman Nikkie semasa berada di studio tersebut tidak seindah yang disangka. Menurut selebriti YouTube tersebut, Ellen langsung tidak menegurnya sebelum program bermula.

Lebih memeranjatkan, Nikkie juga tidak diberi kebenaran untuk berkongsi tandas yang berada di studio tersebut.

Sejak berita tidak enak mengenai Ellen tersebar di media, ramai pula yang tampil dan berkongsi cerita tentang perangai sebenar Ellen. Salah seorang daripadanya adalah Kevin T. Porter.

“Dia adalah orang paling kejam yang pernah hidup.”

Selepas Kevin menerbitkan tweet tersebut, maka ramailah yang membalas kicauan twitter itu dengan melontarkan pelbagai pengalaman peribadi mereka atau pengalaman teman rapat berkenaan Ellen.

Menurut Benjamin Siemon, Ellen mempunyai deria bau yang sensitif dan akan menyuruh pekerjanya pulang ke rumah jika dia menghidu apa-apa bau yang tidak kena padanya.

Selain itu, Alison yang pernah bekerja dengan WB turut berkongsi yang Ellen sendiri pernah meminta seorang caterer untuk berhenti membakar daging secara serta merta hanya kerana dia tidak makan daging.

Salah seorang pengguna twitter yang lain turut berkongsi kisah yang serupa dengan apa yang dialami oleh Nikkie semasa berada di studio Ellen.

Menurutnya, Ellen langsung tidak membalas ucapan ‘hello’ kakaknya sepanjang 2 tahun dia bekerja di sana.

Kisah yang paling kejam dan menyedihkan pula apabila terdapat seorang pekerja Ellen yang mendapat tawaran kerja dengan syarikat lain tetapi selepas itu Ellen merayu padanya supaya kembali bekerja dengan Ellen. Seminggu kemudian, pekerja itu telah dipecat oleh Ellen sendiri.

Baru-baru ini, netizen juga tidak berpuas hati dengan Ellen selepas dia berkata rutin kuarantin di rumahnya (yang bersaiz sebesar shopping mall) sebagai berada dalam penjara.

Rumah agam yang dihuni oleh Ellen

Walaupun sudah banyak perkongsian negatif yang tersebar luas di media sosial mengenainya, namun Ellen masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan balas.

Perkara ini membuatkan para peminatnya tertanya-tanya tentang tuduhan tersebut sama ada ianya benar ataupun hanya rekaan semata-mata.

Baca juga artikel lain yang berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat: