Memahami kesukaran rakyat ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, kerajaan memansuhkan caj pengeluaran wang tunai dari mesin ATM bank dan MEPS sepanjang tempoh PKP.
Caj RM1 tersebut dikecualikan untuk membantu meringankan bebanan ramai pihak yang terjejas kerana wabak COVID-19 terutamanya para peniaga yang terpaksa menghentikan aktiviti perniagaan selama lebih dari 2 minggu.
Setakat ini, pengecualian caj RM1 yang dikenakan bakal dihadkan sepanjang tempoh PKP yang dijadualkan bakal berakir pada 14 April 2020.
Sebelum ini, pihak kerajaan turut mengumumkan penawaran internet percuma sebanyak 1GB buat para pengguna sepanjang tempoh PKP. Selain itu, lesen memandu dan road tax turut diberi pengecualian untuk diperbaharui sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Baca juga artikel lain yang berkaitan: