Selepas 47 hari PKP dikuatkuasa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula pada Hari Pekerja lepas.
Ini bagi membolehkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi pada Isnin, 4 Mei.
Dalam PKPB, aktiviti ekonomi dan sosial yang dibenarkan beroperasi bagaimanapun perlu mengikut tatacara pengendalian piawai (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Bagaimanapun di sebalik tindakan kerajaan melaksanakan PKPB ini, ada sebahagian negeri yang tidak akan menguatkuasakan PKPB pada 4 Mei kerana ingin membendung penularan jangkitan COVID-19.
Jika tindakan kerajaan negeri ini bercanggah dengan kerajaan pusat, satu persoalan yang perlu ditanya adalah:
Kenapa kerajaan pusat melonggarkan PKP dan melaksanakan PKPB?
Ini 13 sebabnya yang telah dijelaskan oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Perdana Menteri dalam hal-ehwal kesihatan awam:
1. PKP dikuatkuasa bukan untuk menamatkan wabak COVID-19. Sebaliknya ia dibuat untuk meratakan lengkungan penularan wabak itu supaya sistem kesihatan tidak menjadi sesak dengan pesakit. Dan kita telah berjaya meratakannya.

2. Sistem kesihatan kita boleh menampung jumlah pesakit COVID-19 ketika ini. Kapasiti hospital kini mencapai tahap 30%. KKM juga telah mula memberi cuti kepada frontliners. Lebih 80% kes sedia ada pula adalah kes sederhana.

3. COVID-19 tidak akan berakhir dalam masa dua tahun. Peningkatan kes akan berlaku, tetapi dalam jumlah yang terkawal. Ia boleh dibendung melalui penyaringan agresif, kuarantin dan rawatan di hospital.

4. Apabila ada peningkatan kes di sesebuah kawasan, PKPD (PKP Diperketatkan) boleh dilaksanakan secara serta-merta.
Situasi semasa di dalam kawasan Selayang Baru, Gombak.
— ProgressMY (@Progress__MY) April 29, 2020
Enam parcel/zon di kawasan berdekatan Pasar Borong dan Pasar Harian Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai kawasan PKPD. #KitaJagaKita#DudukRumah#KitaMestiMenang pic.twitter.com/TtB7UJ3KtD
5. Penguatkuasaan PKPB amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kali ini orang ramai, peniaga dan komuniti mempunyai tanggungjawab sama besar dengan kerajaan.

6. Wabak pandemik hanya boleh diakhiri bila seluruh masyarakat mengambil bahagian dan mempunyai ilmu dalam hal-ehwal penguatkuasaan. Apabila nampak ada perlanggaran SOP dalam PKPB, laporkan kepada pihak berkuasa.
"Jika tuan-tuan nampak dengan jelas pihak yang ingkar dengan pematuhan SOP ini, ambil gambar jelas atau lebih baik video sebagai bukti untuk dilaporkan," kata Ismail Sabri#sinarharian #covid19https://t.co/MyMyWBj3UU
— SinarOnline (@SinarOnline) May 4, 2020
7. Impak ekonomi dan kesihatan mental rakyat sangat penting. Dalam pada masa yang sama kita memerangi COVID-19, kegiatan ekonomi perlu dirancakkan supaya rakyat tidak terbeban dengan kemelesetan ekonomi, sekaligus menganggu kesiatan mental.
8. Normal yang baharu dalah realiti baharu yang perlu kita terima. Banyakkan duduk di rumah. Amalkan penjarakan sosial dan amalkan tatacara penjagaan kebersihan tangan secara kerap.
Jika ada penumpang yg batuk dgn kerap tanpa menutup mulut dan tiada ruang untuk anda jarakkan diri, palingkan muka anda agar tidak terkena 'droplet'.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 14, 2020
Basuh tangan dgn air dan sabun selepas keluar dari kenderaan itu atau guna hand sanitizer jika tiada akses kpd air. pic.twitter.com/eGryP6sr7T
9. Ketika ini kita kena hidup dengan COVID-19 sebagaimana kita hidup dengan wabak denggi. Cara untuk mengelak adalah dengan melakukan langkah pencegahan, memberi ilmu kepada orang awam dan melakukan rawatan.

10. Vaksin COVID-19 mungkin akan siap seawal-awalnya pada tahun 2021. Imuniti berkelompok (herd immunity) nampak jauh lagi dari realiti. Jadi perjalanan jauh perlu dihadkan.
11. Jangan bandingkan Malaysia dengan Hokkaido. Di sana, mereka membuka sempadan. Malaysia pula belum membuka sempadan lagi. Ini syarat yang disarankan oleh WHO kepada setiap negara. Kita telah belajar daripada kesilapan Jepun.
Lessons from Japan's second wave of infections, #coronavirus, #secondwave, #hokkaido pic.twitter.com/g0TfOmVSJ2
— Minimalist2020 (@Minimalist20201) May 4, 2020