Akhbar berbahasa Melayu paling otai dan tertua di Malaysia iaitu Utusan Malaysia, bakal hidup kembali selepas.

Utusan Malaysia menutup operasi pada Oktober tahun lalu kerana berhadapan dengan masalah dana.

Namun kini, Utusan Malaysia disahkan bakal kembali lagi beroperasi dengan pasukan editorial mereka.

Spekulasi mulai bertiup kencang tentang kebangkitan semula Utusan Malaysia selepas lama facebook Utusan Online.

Laman feacebook tersebut menyatakan bahawa pemilik syarikat akhbar Media Mulia Sdn Bhd sedang mencari mereka yang layak untuk mengisi jawatan editor, pemberita, penulis kreatif dan jurugambar.

Media Mulia adalah syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pemilik Aurora Mulia yang ada pegangang saham di Media Prima Bhd.

Muhammad Bashir Abu Bakar, Setiausaha cawangan NUJ-Utusan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Utusan Malaysia mungkin akan memulakan operasinya seawal Mei 2020.

Namun begitu buat masa ini, masih belum ada sebarang arahan kepada bekas pekerja akhbar tersebut untuk melapor diri kembali.

Bashir berkata kepada Malaysiakini: “Kekosongan jawatan itu terbuka kepada semua dan bekas pekerja telah digalakkan untuk memohon, tetapi tidak ada janji bahawa mereka akan diambil semula.”

“Setakat yang saya tahu, mereka perlu melalui proses temuduga yang sama seperti calon lain,” tambah beliau lagi.

Bashir juga mengesahkan bahawa, ramai bekas pekerja Utusan yang memohon jawatan yang ditawarkan.

Dan beliau menegaskan, persaingan sengit di kalangan calon untuk mendapatkan jawatan di Utusan Malaysia. Ini kerana jawatam yang ditawarkan agak terhad iaitu; 40 wartawan, 12 jurugambar, dan 12 artis grafik, yang akan fokus kepada edisi cetak.

Sebagai rekod, sebelum ini Utusan Group memiliki staf seramai 815 orang.

Sumber/rujukan: Malaysiakini