Perodua Myvi Dengan Sentuhan GR Ini Sangat Menggiurkan

Perodua-GR-The-Ajerul-01

Umum sudah tahu selain TRD, Toyota turut memperkenalkan kereta berprestasi tinggi mereka dengan barisan ‘Gazoo Racing (GR)’. Ianya jelas apabila Toyota melancarkan model GR Yaris yang mendapat sambutan luar biasa berbanding Toyota Yaris biasa.

Dalam acara Tokyo Auto Salon (TAS) awal tahun ini, Toyota berkongsi spesifikasi Toyota GR Yaris yang hadir dengan kuasa 257hp dan 360Nm daripada enjin turbo 1.6-liter. Untuk rekod, ianya merupakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia ketika ini.

Sentuhan GR Kepada Perodua Myvi

Tapi pernahkah anda bayangkan bagaimana rupanya apabila sebuah Perodua Myvi menerima sentuhan GR yang sama?

Pereka grafik arena automotif popular di media sosial, The Ajerul berkongsi beberapa gambar Perodua GR Myvi yang dibuat berdasarkan model Toyota GR Yaris sebenar.

Ini hasilnya:

Perodua GR Myvi
Perodua-GR-The-Ajerul-01

Berdasarkan lakaran The Ajerul, Perodua GR Myvi menerima bampar GR Yaris dan ia kelihatan sangat ‘ngam’ dengan elemen yang lebih ‘sporty’.

Rim dan brek juga diambil daripada model GR Yaris sebelum dipadankan pada model GR Myvi berkenaan.

Malangnya, ia cuma sekadar lakaran sahaja. Jika ia benar-benar dihasilkan oleh Perodua, kami pasti GR Myvi akan menjadi sebuah model yang paling sporty dan garang buat Perodua Myvi.

Model Konsep Perodua Myvi GT 2018 Memukau Peminat

Pada tahun 2018 lepas, Perodua pernah mencuri tumpuan orang ramai apabila mereka mempersembahkan model konsep Perodua Myvi GT di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) yang dianjurkan di MAEPS.

Walaupun rekaan dan spesifikasi model konsep Myvi GT itu menerima sambutan luar biasa daripada peminat-peminat kereta di Malaysia, Perodua masih belum membuat keputusan untuk menghasilkan jentera itu atas beberapa faktor.

Perodua Myvi GT di KLIMS

Pada masa sama, Perodua turut memaklumkan sedang mengkaji cara mengeluarkan Myvi GT lebih mampu milik. Ini kerana untuk menghasilkan sebuah model seperti konsep Myvi GT di KLIMS 2018 itu akan menjadi terlalu mahal.

Ini disebabkan jenis dan tahap komponen yang digunakan oleh Myvi GT seperti sistem brek Brembo, rim 17-inci dan bahan Alcantara di dalam kabin.

Besar kemungkinan model yang akan dihasilkan nanti tidak sama 100 peratus seperti model konsep Myvi GT yang ditunjukkan, tetapi Perodua sedang berusaha sehabis baik untuk menghasilkannya.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik bagi anda:

Bacaan Seterusnya