Selepas pengumuman bahawa syarikat mereka akan berhenti dari mengeluarkan telefon pintar, ramai pengguna sedia ada tertanya-tanya tentang penerimaan terhadap kemas kini sistem operasi terbaharu bagi LG. Penantian itu akhirnya terjawab pada hari ini apabila LG mengumumkan model telefon pintar mereka yang akan menerima kemas kini sistem operasi Andorid 12 dan Android 13 kelak.

Menurut LG, telefon pintar LG Wing dan kedua-dua variasi Velvet iaitu LTE dan 5G akan menerima sistem operasi Android 13 sebaik sahaja ia tersedia kelak. Menurut LG lagi, kedua dua Wing dan Velet, serta model-model seperti V50, V50S, G8, Q31, Q52, dan Q92 pula akan menerima sistem operasi Android 12 yang kini sudahpun tersedia.

Waktu ketersediaan kemas kini sistem operasi ini kepada pengguna pula bergantung kepada lokasi mereka. Sebagai contoh, LG German sebelum ini menjangkakan telefon pintar LG di negara tersebut hanya akan menerima sistem operasi Andoird 11 pada penghujung tahun ini.

Sumber: