Twitter pada harini dilaporkan telah menyekat akaun James O’Keefe iaitu pengasas Project Veritas. Veritas merupakan sebuah kumpulan politik berhaluan kanan yang banyak menerbitkan dan menularkan video-video dakwaan palsu terhadap kumpulan pengendali media di Amerika Syarikat. Sebelum ini, Twitter telahpun menyekat akaun Twitter rasmi Project Veritas.

Akaun Twitter beliau, seperti akaun Project Veritas akan dipadamkan selama-lamanya daripada Twitter. Tindakan tersebut diambil selepas James melanggar polisi Twitter dengan menggunakan pelbagai akaun untuk menyebarkan berita palsu dan laporan yang tidak bertanggungjawab. James dilaporkan akan memulakan tindakan saman terhadap Twitter atas sekatan ini.

Sasaran Project Veritas adalah syarikat media seperti CNN. Mereka membuat tuduhan kononnya CNN bersekongkol dengan media-media lain bagi menjatuhkan kredibiliti Parti Republikan dan Donald Trump semasa Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat tahun lalu. Project Veritas mendapat dana daripada pelbagai sumber, termasuklah oleh Donald J. Trump Foundation.

Sebelum ini, The Washington Post merupakan media yang cuba dicerobohi oleh Project Veritas dengan meletakkan wartawan mereka di dalam operasi media politik syarikat tersebut. Pencerobohan itu pantas dihidu oleh The Washington Post dan mereka kemudiannya menerbitkan pendedahan terhadap kegagalan Project Veritas ini. Pendedahan tersebut menerima Anugerah Pulizter pada tahun 2018 dalam kategori laporan penyiasatan.

Sumber: