Habs Qara barangkali merupakan kompleks penjara paling menyeramkan di dunia. Ini kerana ia tidak mempunyai pintu, apatah lagi tingkap. Setiap banduan yang ditangkap di Habs Qara akan dimasukkan dalam satu lubang bawah tanah.

Nama ‘Habs Qara’ diperolehi sempena nama banduan Portugis yang ditangkap oleh Sultan Moulay Ismail. Sultan Moulay dikatakan berjanji akan melepaskan banduan Portugis itu jika beliau berjaya membina penjara yang berkapasiti 40,000 orang.

Terletak di Meknes, Maghribi, penjara ini dipercayai mula dibina pawa awal abad ke-18. Ia dibina dalam bentuk laluan berliku (maze). Ini bermakna jika banduan berjaya melepaskan diri sekali pun dari ‘lubang’ penjara mereka, mereka akan tersesat dalam laluan berliku di situ.

Malah media Maghribi melaporkan telah banyak penjelajah awal abad ke-19 dan ke-20 yang telah tersesat dan kemudiannya mati selepas menemui Penjara Habs Qara kerana tidak menemui jalan keluar.

Selepas pemerintahan Sultan Moulay, Penjara Habs Qara digunakan pula sebagai tempat menyimpan makanan. Untuk tujuan ini, kerajaan Maghribi terpaksa membina pintu dan laluan khas yang baru supaya tiada lagi orang yang tersesat dalam penjara ini.

@kapildoorkapersad

WATCH WITH SOUND! AMAZING! History! ##moroccan ##fyp ##foryou ##prison ##morocco ##unique ##history ##amazing ##travel ##viral ##comment ##meknès

♬ Stranger Things (Main Theme) – I Love TV Themes

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: