Mencari pesanan yang barangkali sudahpun berusia berbulan-bulan atau bertahun-tahun di Twitter bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, tidak seperti aplikasi Whatsapp dan Telegram contohnya, Twitter tidak menyokong fungsi mencari mesej. Dua tahun yang lalu, pengguna iOS dan Twitter Web pernah dibekalkan dengan tetapan mencari pengguna sahaja di aplikasi Twitter mereka.

Twitter akhirnya mengumumkan akan menambah fungsi mencari pesanan berdasarkan kata kunci di dalam mesej tersebut. Fungsi tersebut akan dimulakan dengan kotak untuk mencari pengguna di ruang mesej Android, sama seperti yang digunapakai oleh pengguna iOS. Kemudian fungsi tersebut bakal dikemaskini dengan kebolehan untuk mencari pesanan berdasarkan kata kunci di dalam pesanan tersebut.

Twitter mengumumkan perubahan terbaru ini di laman rasmi Twitter Support:

Menurut Twitter lagi, perubahan ini bakal mengambil tempat pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.