“just setting up my twttr” merupakan lima patah perkataan pertama yang ditweet oleh Jack Dorsey, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter.Inc pada jam 4.50 pagi, 22 Mac 2006. Pada hari ini, tweet tersebut telah dilelong oleh beliau untuk tujuan amal dan pembida bertuah tersebut bernama Sina Estavi dari Malaysia.

Nilai tweet pertama Jack Dorsey? RM11,952,350.00

Benar, tweet tersebut terjual sebagai NFT dengan nilai RM11,952,350.00 (USD2,900,000). Hanya beberapa minit selepas tweet ini diiklankan untuk dijual oleh Valuables , sebuah platform bidaan dalam talian, nilainya sudah mencecah RM362,692 (USD88,000).

Bidaan pertama oleh Sina Estavi adalah sebanyak USD2,500,000 dan akhirnya dimenangi oleh beliau. Sina Estavi membandingkan pembelian beliau ini seperti pembelian lukisan Mona Lisa oleh Leonardo Da Vinci, iaitu tidak ternilai.

Pembayaran bagi pembelian tweet ini dibuat melalui Ether, sejenis wang kripto yang juga merupakan pesaing kepada Bitcoin.

Sebagai hos, Valuables akan menerima 5 peratus daripada jumlah jualan tweet ini manakala Jack Dorsey selaku pemilik tweet ini akan menerima baki sebanyak 95 peratus.

Apakah itu NFT dan bagaimanakah ia berfungsi?

Kredit gambar: https://www.bbc.com/news/technology-56371912

NFT (Non-Fungible Token) merupakan satu bentuk aset digital yang semakin popular akhir-akhir ini. NFT merupakan satu perakuan ketulenan berbentuk digital yang unik bagi membuktikan pemilikan terhadap gambar, video ataupun lain-lain aset digital.

Non-fungible itu sendiri memberi erti bahawa ia tidak boleh digantikan sama sekali. Setiap daripada NFT ini adalah sangat unik dan tidak boleh ditiru oleh sesiapa, lantas menjadikannya amat berharga dan sangat istimewa.

NFT semakin dikenali ramai pada tahun ini dan menjadi pilihan utama kepada pengumpul dan penggemar aset digital.

Contoh NFT yang telah terjual

Terdapat beberapa contoh NFT yang telah terjual di beberapa platform dalam talian, antaranya:

1- Seorang pelukis, Chris Torres menjual GIF nya yang terkenal, iaitu Nyan Cat pada harga RM2,473,500 (USD600,000)

https://youtu.be/QH2-TGUlwu4

2- Lindsay Lohan menjual gambar dirinya yang sehingga kini telahpun bertukar pemilik sebanyak beberapa kali dan mempunyai nilai sebanyak RM206,125 (USD50,000).

Kredit gambar: https://opensea.io/assets/0x60f80121c31a0d46b5279700f9df786054aa5ee5/124196

Jadi, apakah pula cita-cita pembelian NFT pertama untuk anda?

 

Sumber: