Enggan mengalah, Russia membuat pendedahan vaksin COVID-19 yang dihasilkan mereka menunjukkan keberkesanan sehingga 92 peratus beberapa hari selepas Pfizer yang berpengkalan di Amerika Syarikat mendakwa vaksin mereka merekodkan 90 peratus kadar keberkesanan.

Keyakinan bahawa vaksin Sputnik V buatan mereka itu berkesan dalam mengelak jangkitan COVID-19 adalah berdasarkan hasil kajian ujian klinikal fasa ketiga yang dijalankan.

“Risiko dijangkiti COVID-19 adalah 92 peratus lebih rendah bagi mereka yang disuntik Sputnik V berbanding mereka yang diberikan vaksin plasebo menurut data ujian klinikal fasa ketiga,” kata Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF).

vaksin-covid-19-sputnik-v-russia

“Kami telah menghasilkan vaksin yang begitu berkesan, ini adalah berdasarkan data,” kata Ketua RDIF Kirill Dmitriev yang kini dalam usaha memasarkan produk tersebut kepada dunia.

Kajian dilakukan ke atas 16,000 peserta di mana sebahagian mereka diberikan dua dos suntikan Sputnik V manakala sebahagian lagi diberikan suntikan plasebo.

Dalam masa yang sama, Russia percaya vaksin Sputnik V akan mendahului Pfizer tidak lama lagi apabila ianya berjaya didaftarkan untuk kegunaan seawal Ogos 2021, sekaligus menjadikan Rusia negara yang pertama mendftarkan vaksin.

Sumber: