Apakah yang dimaksudkan dengan MSG? MSG adalah singkatan kepada Monosodium Glutamat yang merupakan kombinasi antara 12 peratus natrium, 78 peratus glutamat dan 10 peratus air.

Ia mula ditemui sejak tahun 1908 apabila seorang ahli sains Jepun, Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang dibuat daripada rumpai laut. Beliau menamakan rasa itu sebagai umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa, MSG. Ajinomoto mula dipasarkan di negara Jepun pada tahun 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia.

Memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan kini mempunyai lapan buah cawangan di negara ini. AJI-NO-MOTO atau lebih dikenali di Malaysia dengan nama Aji merupakan peroduk penambah perisa yang menggunakan MSG.

MSG ialah penambah perasa yang telah digunakan selama berpuluh-puluh bagi menyerlahkan rasa makanan. MSG sebenarnya ialah kombinasi diantara asid glutamik atau glutamat (sejenis asid amino), natrium dan air. Glutamat didapati secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan, dan susu. Badan manusia juga menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak.

Otot, otak dan organ badan manusia yang lain sebenarnya turut mengandungi lebih kurang 1.8kg glutamat. Susu ibu adalah contoh sumber semulajadi yang sebenarnya kaya dengan glutamat dengan kandungan 6 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

MSG sebenarnya bukan produk kimia

Kredit gambar: https://www.ajinomoto.com/

Mitos yang selalu kita didengari adalah MSG ini terhasil daripada bahan kimia. Namun realitinya, MSG dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses penapaian, proses sama untuk menghasilkan yogurt, tapai, kicap soya, cuka dan dadih.

Proses ini bermula dengan penapaian ubi kayu atau tebu, diikuti dengan proses peneutralan dan penghabluran. Produk akhir merupakan kristal putih tulen yang mudah larut dalam makanan yang kita biasa lihat di pasaran.

Adakah MSG ini selamat untuk dimakan?

Kredit gambar: https://www.theedgemarkets.com/article/ajinomoto-venture-food-products

MSG telah digunakan selama lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian semula telah melalui penelitian yang intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan setiap kali.

Selama lebih empat dekad, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG. Badan kawal selia dan saintifik yang lain dari seluruh dunia, termasuk Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah Untuk Makanan (SCF), dan Jawatankuasa Pakar Bersama FAO/WHO. Mengenai Aditif Makanan Bangsa-bangsa Bersatu (JECFA), juga telah mengkaji semula kajian mengenai MSG dan telah mengesahkan keselamatannya.

MSG adalah selamat sehingga FDA telah mengklasifikasikannya di bawah kategori “Secara Amnya Diiktirafkan Sebagai Selamat” (GRAS), sama seperti gula, serbuk penaik, garam dan serbuk lada. Begitu juga dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyistiharkan bahawa “Pengambilan Harian Boleh Diterima” (ADI) bagi MSG adalah “Tidak Ditetapkan”.

MSG sebenarnya lebih baik dari garam!

Kredit gambar: https://asiamedia.lmu.edu/2021/02/24/china-how-the-racially-charged-myth-of-msg-has-tainted-americans-perception-of-chinese-cuisine/

Penggunaan garam sebenarnya merujuk kepada pengambilan kandungan natrium yang tinggi. Biarpun MSG juga mengandungi natrium, namun ia hanya mempunyai kandungan 12 peratus natrium berbanding garam makanan yang mengandungi 40 peratus natrium. Apabila digunakan dalam jumlah yang sedikit di dalam masakan, sebenarnya MSG adalah lebih sihat untuk digunakan di dalam makanan berbanding garam.

Dengan hanya sedikit penggunaan MSG ini, pengambilan garam boleh dikurangkan sehingga 30 peratus. Dalam masa yang sama keenakan makanan dapat terus dikekalkan. Maka, penggunaan MSG sebenarnya lebih baik untuk kesihatan berbanding garam biasa.