Aplikasi Zoom yang menerima peningkatan jumlah pengguna sejak pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia, kini berhadapan dengan masalah sekuriti yang serius.

Kebanyakan pengguna mula menggunakan Zoom untuk mengadakan sesi video conference bagi tujuan perjumpaan sesebuah syarikat dan juga pembelajaran selepas perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di negara masing-masing.

zoom-dark-web

Namun kini terdapat laporan yang menyatakan sebanyak 500,000 akaun pengguna Zoom telah digodam dan dijual di pasaran gelap atau lebih dikenali sebagai ‘dark web’.

Jika anda atau syarikat menggunakan aplikasi Zoom sebagai medium komunikasi semasa PKP, adalah dinasihatkan agar menggunakan aplikasi lain buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang kebocoran privasi kepada pihak ketiga.

Sebagai alternatif kepada aplikasi Zoom, anda boleh mencuba aplikasi Google Hangout untuk menjalankan sesi video conference. Ketika artikel ini ditulis, Google Hangout tidak mempunyai masalah sekuriti yang serius walaupun sudah menerima jumlah pengguna yang ramai.

Menurut Cybel selaku syarikat sekuriti digital yang menemui pangkalan data akaun-akaun yang terkesan ini menasihatkan pengguna untuk kerap menukar kata laluan serta tidak menggunakan kata laluan yang sama pada akaun-akaun yang lain. Perkara ini dikhuatiri bakal memudahkan para penggodam menceroboh akaun anda.

Ketika isu sekuriti aplikasi Zoom mula dipersoal beberapa minggu lepas, beberapa syarikat teknologi telah mengharamkan para pekerja mereka daripada menggunakan aplikasi tersebut termasuklah Google dan SpaceX.

Baca juga artikel menarik kami yang lain:

Sumber: