Selipar Mesra Muslim bermaksud selipar yang sesuai dipakai oleh muslimah mengenakan stokin pada kaki mereka. Jadi para muslimah mudah untuk menyarung tanpa ada gangguan antara ibu jari kaki dan jari kaki panjang mereka.

Jadi untuk memudahkan para muslimah memakai selipar yang selesa dan cantik. Kami di Rencah senaraikan beberapa pilihan selipar yang berbaloi untuk dibeli dan yang penting harganya di bawah RM79.90

1 – BATA COMFIT Women Black Sandals

BATA COMFIT antara siri selipar dan kasut yang terkenal daripada mereka semenjak diperkenalkan kepada awam. Untuk selipar di atas, dengan rekaan yang ergonomik, kusyen yang lembut. BATA memastikan anda tidak mudah tergelincir sekiranya anda memakai selipar ini.

Harga: RM69.99 / Beli sekarang di Shopee.

2 – BATA Women Pink Sandals

Perempuan dan warna pink sukar dipisahkan. Justeru itu kami kena cadangkan selipar ini kepada para muslimah di luar sana. Dengan rekaan yang ringkas akan menampakkan anda lebih santai dengan mengenakan selipar ini.

Harga: RM69.99 / Beli sekarang di Shopee.

3 – XES Ladies BSLCBS05 Comfort Slippers

Rekaan dari XES ini sesuai untuk mereka yang suka ubah kelonggaran pemakaian mereka. Jika anda pakai stokin tebal, boleh longgarkan sedikit. Jika anda pakai stokin nipis, boleh ketatkan sikit. Yang paling penting jauh lebih murah.

Harga: RM19.00 / Beli sekarang di Shopee.

4 – Volkswagen Men’s Comfort Slides Sandal

Walaupun selipar ini dikatakan untuk lelaki tapi pada kami perempuan boleh je pakai juga. Sebab rekaan selipar dari Volkswagen ini universal. Perempuan pun boleh saja memakainya.

Lagi pun nanti bolehlah buat sembang dengan kawan kita datang masjid naik Volkswagen (sambil tunjuk selipar tepi tangga masjid).

Harga: RM58.98 / Beli sekarang di Shopee.

5 – Dr Cardin Women sandal

Selipar dari Dr Cardin ini agak berlainan dari apa yang kami tunjukkan di atas. Nampak seperti kurang selesa. Tapi selepas membaca beberepa ulasan daripada pembeli sedia ada, mereka amat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

Harga: RM52.00 / Beli sekarang di Shopee.

Cukuplah kami beri 5 pilihan saja dahulu. Yang kami sarankan ini semua original dan daripada official mall. Jadi boleh beli tanpa was-was. Sekiranya anda mahu membeli pilihan selipar lain di Shopee boleh terus ke sini. Kami dah bantu siap-siap filter harga bawah RM79.90

Selamat membeli-belah.