Pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan sebelum ini menyebabkan konsol permainan video popular PlayStation kekurangan stok. Mana tidaknya, setiap kali pra tempah dibuka kepada orang ramai, ia masih tidak cukup untuk memenuhi permintaan.

Buat kali ke-5 berturut-turut, Sony Malaysia membuka pra tempah konsol PlayStation 5 mulai 16 April 2021, Jumaat mulai jam 12.01 malam. Untuk yang berminat, anda boleh bersiap sedia di hadapan telefon pintar masing-masing sebelum tengah malam ini untuk melakukan tempahan di laman niaga rasmi Sony Malaysia di Lazada.

Bagi pra tempah kali ini, hanya varian PlayStation 5 dengan Ultra HD Blu-Ray yang akan ditawarkan pada harga RM2,299. Untuk PlayStation 5 versi Digital Edition tidak disediakan dalam tempahan kali ini.