Bill dan Melinda Gates baru sahaja mengumumkan perceraian mereka setelah 27 tahun berkahwin, dengan mengeluarkan kenyataan bahawa “kami tidak lagi percaya bahawa kami dapat hidup bersama sebagai pasangan”.

“Setelah berfikir panjang dan cuba memperbaiki hubungan kami, kami telah membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan kami,” menurut kedua-dua pasangan itu di Twitter mereka.

Mereka bertemu buat pertama pada sekitar tahun 1980-an ketika Melinda menyertai dengan firma Microsoft milik Bill. Pasangan bilionair itu mempunyai tiga anak dan bersama-sama menggerakkan Yayasan Bill & Melinda Gates.

Organisasi tersebut yang diasaskan pada tahun 2000 telah membelanjakan hampir RM220 bilion (USD$53.8 bilion) sebagai geran dan bantuan bagi melawan penyakit berjangkit, kemiskinan dan mendorong vaksinasi pada kanak-kanak. Setakat Disember, Yayasan Bill & Melinda Gates telah membelanjakan RM7.179 bilion bagi melawan pandemik Covid-19.

Di dalam kenyataan bersama mereka, Bill dan Melinda akan terus menggerakkan Yayasan ini biarpun tidak lagi bergelar sebagai suami dan isteri. Menurut mereka, kepercayaan terhadap apa yang diperjuangkan masih menjadi pegangan bersama.

Petisyen pembubaran perkahwinan tersebut difailkan oleh Melinda di hadapan seorang hakim di King County, Washington berdasarkan ikatan kontrak berasingan antara mereka. Tiada sebarang perbincangan mengenai status tuntutan kewangan di dalam dokumen penceraian tersebut.

 

Sumber: