Nampaknya, walaupun sudah mencapai hampir 50 peratus suntikan vaksin satu dos kepada rakyatnya, Amerika Syarikat masih belum mahu memperlahankan usahanya. Kempen vaksin yang diterajui oleh kerajaan ini memfokuskan kepada semua negeri untuk melayakkan pemberian vaksin kepada rakyat yang berumur 16 tahun ke atas.

Sebelum ini, pentadbiran Rumah Putih memaklumkan tarikh akhir bagi kelulusan negeri untuk meluluskan pemberian vaksin adalah pada tanggal 1 Mei. Tarikh tersebut kemudiannya diawalkan kepada 19 April. Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai kadar penolakan vaksin yang tinggi dan menjadi fokus kepada kempen ini.

Menurut laporan, usaha ini akan diatur bersama-sama oleh Dr. Anthony Fauci, penasihat kesihatan kepada Presiden. Beliau akan memuatnaik video yang akan disebarluaskan oleh Facebook, Twitter dan Snapchat kepada penduduk di kawasan dan negeri yang mempunyai kadar penolakan vaksin yang tinggi.

Di peringkat pentadbiran, Naib Presiden Amerika Kamala Harris turut akan terlibat di dalam penyampaian mesej ini. Video tersebut akan memaklumkan kepada pengguna media sosial yang mereka adalah layak untuk menerima vaksin.

 

Sumber: