Kuantan, selain terkenal dengan keindahan pantai dan air terjun semula jadi yang memukau, ibu negeri Pahang ini juga tidak terkecuali cukup popular memiliki banyak tempat-tempat makan yang menarik. Salah satu di antaranya adalah Sekilau Bakery & Cafe atau lebih popular dipanggil SEDO.

Kedai roti SEDO ini amat popular di Kuantan. Tarikan utama di sini adalah donat yang ditawarkan dengan pelbagai perisa unik. Antaranya dalah seperti donat perisa mempelam, donat kopi, donat strawberi dan juga donat red velvet. Keseluruhannya terdapat lebih 30 perisa donat yang ditawarkan di sini.

Kelembutan donat yang empuk dan gebu ditawarkan di SEDO ini sememangnya menjadi alasan utama kenapa anda patut tidak terlepas mencuba sekiranya datang ke Kuantan. Kedai donat ini berlokasi di Bukit Sekilau, iaitu kawasan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan.

kredit foto: KUANTANLOKA
Kredit Foto: KUANTANLOKA

Tambah lagi seronok, dengan berbelanja RM1.30 sahaja sudah cukup untuk anda dapatkan donat yang sedap di Kuantan. Sekilau Bakery & Cafe , SEDO dibuka setiap hari bermula jam 11.00 am hingga 6.00 pm. Merancang ke Kuantan tidak lama lagi? Jangan lupa masukan SEDO dalam senarai lokasi yang anda mahu terjah nanti. Memang berbaloi.