Sony mengumumkan konsol permainan video PlayStation 5 (PS5) akan mula dilancarkan seawal 12 November di Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

Sementara itu bagi pasaran lain seperti Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Asia (termasuk Malaysia) dan Afrika Selatan, ia akan menemui peminat di pasaran pada 17 November.

Terdapat dua versi PS5 yang boleh dipilih oleh peminat: Digital Edition untuk peminat yang lebih banyak membeli permainan secara dalam talian dan Ultra HD Blu-ray Disc Drive untuk peminat yang lebih suka membeli DVD.

PS5 Digital Edition boleh diperolehi pada harga USD399.99 (RM1657.40). Manakala PS5 Ultra HD Blu-ray Disc Drive boleh diperolehi pada harga USD499.99 (RM2071.75).

Kedua-dua versi PS5 dilengkapi dengan prosesor khas dengan CPU dan GPU yang menyokong grafik 4K dan SSD berkelajuan tinggi. Controller PS5 pula dilengkapi dengan 3D audio dan teknologi DualSense Wireless yang bakal memberikan pengalaman bermain yang berbeza berbanding PS4.

Sony turut mengumumkan rilisan beberapa judul permainan khas untuk PS5 yang baru seperti:

Selain permainan baru tersebut, permainan seperti Marvel’s Spider-Man: Miles MoralesCall of Duty Black Ops: Cold War, dan Demon’s Souls yang baru juga akan dilancarkan bersama PS5. Judul permainan keluaran Worldwide Studios berharga antara USD49.99 (RM207.18) hingga USD69.99 (RM290) di PS5.

Seperi yang dijanjikan Sony sebelum ini, mereka tidak melupakan pengguna PS4 dengan rilisan permainan baru seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Sackboy A Big Adventure, dan Horizon Forbidden West.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: