Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, 3 negeri di Malaysia merekodkan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) paling tinggi dengan mencapai sehingga 98 peratus setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kadar pematuhan SOP paling rendah pada peringkat negeri yang dicatatkan setakat ini pula ialah 86 peratus.

“Oleh itu, secara puratanya, kadar pematuhan SOP ketika PKPB berkuat kuasa buat masa ini ialah sekitar 95 peratus,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Baca lagi artikel menarik berkaitan PKPB di bawah:

Sumber: