Samsung Galaxy Z Flip dijangka akan diumumkan pengeluarannya dalam acara Samsung Unpacked pada 11 Februari nanti di San Francisco. Dalam acara tersebut, Samsung dijangka akan melancarkan Galaxy S20 sebagai telefon pintar utama mereka.
Tetapi belum sempat pun Galaxy Z Flip dipertontonkan aksinya dalam acara tersebut, sebuah video telah pun tertiris di Twitter semalam.
Samsung Galaxy Z Flip – First Hands On Video pic.twitter.com/4b8Uzt5kRB
— Ben Geskin (@BenGeskin) February 2, 2020
Video yang dikatakan menunjukkan rupa Galaxy Z Flip sekali imbas itu tidak banyak berbeza dengan gambar yang sebelum ini sudah pun tertiris.
Berdasarkan video itu, Galaxy Z Flip nampak mudah untuk dimuatkan dalam poket atau beg tangan kecil berbanding kebanyakan telefon pintar sedia ada ketika ini – kecuali telefon pintar boleh lipat Razr keluaran Motorola yang baru dilancarkan.
Daripada video itu juga masih tidak dapat dipastikan sama ada Galaxy Z Flip akan menggunakan kaca ‘ultra-thin’ yang baru dari Samsung.
Komen dari netizen rata-ratanya mengatakan reka bentuk Galaxy Z Flip mengingatkan mereka kepada GameBoy Advance SP.
We came full circle. https://t.co/3LU4Fe8cPf pic.twitter.com/SshKOppQDL
— Gtamen (@Gtamen) February 2, 2020
Pandangan pertama netizen daripada video ini juga banyak memperkatakan kemungkinan Galaxy Flip Z tidak selesa untuk digunakan dengan satu tangan.
this looks ridiculously long when you fold it out. I think foldables need to offer a phone and tablet experience, but never compromise on the phone experience to get there. Imagine using this with one hand https://t.co/jjVHgdFT8L
— Tom Warren (@tomwarren) February 2, 2020