Pelanggan Spotify kini boleh memuat turun album, podcast dan lagu pilihan mereka untuk didengari secara offline di Apple Watch. Tetapan untuk memuat turun ini akan diterima oleh pengguna Apple Watch 3 ke atas yang menggunakan watchOS 6.0 sahaja. Pelanggan turut dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Spotify yang telah dikemas kini.

Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Spotify merupakan platform penstriman muzik nombor satu di dunia dengan mempunyai 158 juta pelanggan premium dan 356 juta pengguna aktif bulanan. Sebelum ini, Apple Watch hanya menyokong pendengaran muzik melalui Apple Music secara offline. Pengguna Spotify turut boleh menggunakan Siri untuk mengawal bunyi dan menukar pilihan lagu, mematikan dan memulakan lagu serta melangkau lagu.

Tetapan baharu ini akan dilepaskan ke seluruh dunia bermula pada minggu akan datang.