Laman web e-dagang terkenal, Shopee mencatat jumlah jualan barangan sebanyak 200 juta pada kempen 11.11 mereka beberapa hari lepas.

Jumlah itu merupakan peningkatan melangkaui 3 kali ganda berbanding tahun 2019 lalu dengan catatan 70 juta barangan terjual.

Pada kempen Shopee 11.11 Big Sale tahun ini, mereka mengetengahkan ikon komedi terkenal daripada Singapura, Phua Chu Kang untuk menarik lebih ramai pelanggan yang tidak terhad pada pasaran tempatan sahaja. Terdahulu, Shopee turut bekerjasama bersama pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dalam mempromosikan laman mereka.

shopee-phua-chu-kang

Seramai 3,000 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berniaga menggunakan Shopee dan sepanjang kempen 11.11 berkenaan, mereka telah berjaya meraih pendapatan purata setinggi RM55,000.

Pencapaian Shopee ini secara tidak langsung berjaya meningkatkan pertumbuhan aliran tunai negara pada platform e-dagang. Malah, data itu turut menjangkakan potensi e-dagang negara mampu meningkat sekitar 20 kali ganda, sekaligus meningkatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Ternyata kesan COVID-19 telah meningkatkan penglibatan peniaga dan kuantiti barangan jualan. Secara kolektif, peniaga menjual lebih dari 680,000 barangan dan inisiatif rangsangan telah membantu PKS tempatan mendigitalkan perniagaan mereka dan bangkit dari kesan pandemik.

Bagi peringkat global platform Alibaba Group, rakyat Malaysia menduduki tempat keempat selaku pembeli barangan terbesar dari China. Sementara itu, peringkat tempatan – negeri Selangor mencatat jumlah tertinggi dalam aktiviti membeli-belah, dengan pembelian 650,000 barangan dalam masa satu jam pada 11 November dicatatkan.

Sumber: