Susulan penahanan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi tadi, pihak berkuasa difahamkan terdapat pegawai dan anggota penguat kuasa menerima habuan RM300 hingga RM3,500 setiap bulan hasil sogokan.

Perkara itu menjadi punca usaha-usaha pihak berkuasa dalam membasmi kegiatan perniagaan haram dan tanpa lesen di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh seolah-olah tidak berkesan.

Antara premis perniagaan yang membayar sogokan itu termasuklah kedai penjualan rokok haram, kedai makan tanpa lesen, gerai perniagaan di tempat tidak dibenarkan dan premis-premis perjudian.

Jumlah sogokan bagi setiap premis pula ditentukan oleh saiz premis dan jenis perniagaan haram yang dijalankan mereka.

Sogokan yang diberikan itu sebagai ‘upah’ kepada anggota penguat kuasa bagi mengelak daripada sebarang tindakan dikenakan kepada perniagaan mereka dengan cara menerima maklumat mengenai operasi-operasi yang dijalankan lebih awal.

Menurut bharian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi tidak menolak kutipan rasuah secara bersindiket sememangnya berlaku dalam kalangan anggota penguat kuasa di negara ini.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama.

Tambahnya lagi, identiti pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya oleh SPRM.

Baca lagi artikel lain berkaitan ‘Pendedahan Abang Hot Burger Malaysia’ di bawah:

Sumber: