Pernah tak anda jumpa kereta mewah di jalan raya dan tanya diri sendiri, “Apa kerja mereka sampai dapat beli kereta mewah tersebut?”
Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki Amerika Syarikat di akaun Instagram @TedYaTV.
Cuma bezanya dengan kita, lelaki ini tanya terus pemilik kereta apa pekerjaan mereka. Sebagai contoh, pemilik Ferrari F8 Spider ini merupakan ahli perniagaan farmasi.
Pemandu Ferrari California T ini pula memberitahu beliau bekerja sebagai konsultan. Bagaimanapun tak dijelaskan konsultan dalam bidang apa.
Pemandu Audi R8 ini pula memberitahu beliau bekerja sebagai pemandu.
Pemandu BMW i8 ini pula bekerja sebagai pengurus akaun Red Bull.
Ada banyak lagi video yang lelaki ini terbitkan di akaun Instagram beliau. Anda boleh tonton selebihnya di @TedYaTV.