Pembuat kereta mewah Itali, Lamborghini mengumumkan telah menukar beberapa bahagian dalam kilang mereka untuk menghasilkan face mask dan alat peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kegunaan Hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna.

Hospital Sant’Orsola-Malpighi terlibat sebagai salah satu pusat rawatan pesakit COVID-19 dengan kerjasama University of Bologna.

Jabatan Perubatan dan Sains Pembedahan universiti itu akan memantau kualiti face mask dan alat PPE yang dibuat oleh Lamborghini di kilang mereka sebelum dihantar ke hospital.

Kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese itu sebelum ini ditutup berikutan penularan wabak COVID-19 di Itali.

Lamborghini memberitahu mereka akan membuat 1,000 face mask sehari di bahagian kilang yang membuat permukaan kulit kerusi dan ruang dalaman kereta mewah Itali itu.

Pada masa yang sama, sebanyak 200 alat PPE polycarbonate akan dihasilkan setiap hari. Sut PPE ini akan dihasilkan di bahagian kilang yang menghasilkan bahan komposit kereta dan bahagian R&D yang mempunyai pencetak tiga dimensi (3D).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stefano Domenicalo berkata usaha tersebut dibuat untuk memberi sumbangan pada waktu memerlukan.

“Kami mengambil keputusan untuk menyokong Hospital Sant’Orsola-Malpighi, sebuah institusi di mana kami telah lama bekerjasama melalui konsultansi profesional untuk mempromosi program kesihatan pekerja kami dan projek kajian.

“Kita akan memenangi wabak ini hanya dengan bekerjasama, menyokong barisan depan yang memerangi wabak pandemik ini setiap hari.”

Selain Lamborghini, beberapa syarikat pembuat barangan mewah Itali turut berganding bahu menukar operasi kilang mereka untuk membuat peralatan perubatan untuk kegunaan hospital.

Ferrari menukar kilang keretanya untuk membantu menghasilkan respirator bagi kegunaan prosedur intubasi pesakit COVID-19.

Giorgio Armani mengumumkan telah menukar kilangnya daripada membuat pakaian mewah kepada membuat sut PPE untuk memastikan negara mereka tidak terputus bekalan sut PPE. Tidak cukup dengan itu, Armani turut menderma €2 juta (RM9.42 juta) kepada hospital di Itali.

Prada juga mengumumkan langkah sama apabila mengarahkan kilangnya membuat 80,000 sut PPE dan 110,000 face mask untuk pekerja di hospital.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai situasi wabak COVID-19 di Itali: