Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan cadangan untuk memantau penggunaan teknologi kecerdasan buatan di benua tersebut. Cadangan ini adalah usaha terkini oleh Kesatuan Eropah dan mencipta standard baharu dalam undang-undang pemantauan teknologi, jauh lebih terkedepan berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat dan China.

Pemantauan ini akan bermula dengan produk dengan teknologi kecerdasan buatan yang mampu memberikan ancaman terhadap keselamatan, kehidupan dan hak asasi manusia. Sebarang pelanggaran terhadap undang-undang baharu ini bakal dikenakan denda sehingga 6 peratus daripada jumlah jualan produk tersebut di seluruh dunia.

Bagi sebuah syarikat teknologi berskala global, jumlah denda ini boleh menjangkau sehingga bilion dolar.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk meletakkan label terhadap sebarang perbincangan maya yang dibalas oleh sistem komputer. Selain itu juga, larangan akan dikenakan terhadap penggunaan teknologi pengesanan muka di tempat awam melainkan untuk mencari kanak-kanak hilang, penjenayah yang dikehendaki oleh polis ataupun bagi mengelak serangan pengganas.

Pemantauan oleh Kesatuan Eropah ini juga bakal mengimbangi risiko ke atas pengguna dan masyarakat selain membuka peluang bagi meningkatkan pelaburan dan invovasi dalam teknologi kecerdasan buatan.

Sumber: