Ketika disoal mengenai masalah bekalan air yang dibangkitkan oleh rakyat Kelantan, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yakin isu itu akan dapat diselesaikan dengan bantuan daripada kerajaan pusat tidak lama lagi.

Masalah bekalan air di negeri Kelantan yang telah berlarutan selama 30 tahun dijangka mempunyai harapan untuk diselesaikan menerusi kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat dan negeri hasil kerjasama PAS-UMNO.

“Sebenarnya masalah air di Kelantan, rakyat sudah faham bahawa isu ini amat menyeluruh dan memerlukan jumlah yang besar untuk menyelesaikannya… membabitkan kos berbilion ringgit.

“Jadi kerajaan negeri tak mampu kecuali dengan pertolongan Kerajaan Pusat. Saya yakin apabila parti PAS-UMNO sudah berada dalam kerajaan, sampai masanya untuk kita fikir bersama isu ini,” katanya.

Nik Mohamad Abduh mengakui ketika kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) terdapat usaha untuk menaik taraf kemudahan itu, namun tidak kesampaian disebabkan jatuh selepas 22 bulan mentadbir negara.

Ahli Parlimen Bachok itu turut berkata semasa dalam pemerintahan bapanya, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, masalah air di Kelantan juga tidak pernah selesai.

Menurutnya, mereka terpaksa menggunakan telaga untuk mendapatkan bekalan air bersih di kediaman itu.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik buat anda:

Sumber: