Foxconn merupakan syarikat Electronics Manufacturing Services (EMS) yang berpangkalan di Taiwan. Mereka lebih dikenali sebagai pengilang komponen terbesar bagi produk-produk keluaran Apple seperti iPad, iPhone dan iPod. Syarikat ini dengan nilai pasaran sebanyak RM237 bilion merupakan pengeluar EMS terbesar di dunia.

Menyedari kekurangan semikonduktor dalam pasaran yang bakal merencatkan perniagaan EMS, Foxconn mengambil langkah bagi melabur di dalam industri tersebut secara besar-besaran. Baru-baru ini, Foxconn mengumumkan akan bergabung bersama-sama Yageo Corp bagi membentuk XSemi Corporation.

Sudah tentu sekali TMSC, pengeluar semikonduktor terbesar di dunia akan mulai merasa bahang persaingan di Taiwan. Menurut Foxconn, Xsemi akan memfokuskan penghasilan cip semikonduktor atau “Small IC” dengan harga jualan serendah RM8.24 (USD$2). Buat masa ini, Foxconn bersama sama Yageo sedang berbincang dengan beberapa syarikat semikonduktor lain untuk mengadakan kolaborasi penghasilan berskala besar.

Pasaran bagi semikonduktor amat cerah dengan jangkaan jualan bagi semikonduktor daya dinilaikan pada RM164.9 bilion (USD$40 billion) menjelang tahun 2025. Begitu juga dengan semikonduktor analog dengan jangkaan nilai jualan pada kadar RM103.1 bilion. Bagi penghasilan kereta elektrik, 90 peratus daripada komponen elektroniknya akan memerlukan kepada cip semikonduktor ini.

Sumber: