Setelah kali terakhir muncul di khalayak umum pada bulan Januari lalu, Jack Ma membuat kemunculan bersama-sama dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. Kemunculan beliau adalah bagi menghadiri persidangan dalam talian yang dianjurkan oleh Russian Geographical Society. Jack Ma dilaporkan menganggotai lembaga pemegang amanah bagi pertubuhan tersebut.

Ini merupakan penampilan pertama beliau sejak Alibaba, syarikat yang dimiliki olehnya didenda hampir RM11.5 bilion oleh kerajaan China. Sepanjang persidangan tersebut berlangsung, Jack Ma tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya dilihat tekun mendengar ucapan daripada Vladimir Putin.

Setakat ini, beliau masih kekal di kedudukan pertama sebagai hartawan paling kaya di China. Jack Ma juga pernah  dilaporkan ‘hilang’ selama tiga bulan, kemudian membuat kemunculan semula di program tahunan anjurannya. Program tersebut dibuat bagi mengiktiraf jasa guru di kawasan luar bandar. Jack Ma merupakan seorang guru bahasa Inggeris sebelum menceburkan diri di dalam dunia perniagaan.

Jack Ma turut tidak kelihatan di khalayak umum apabila pengawal selia sektor perbankan China membatalkan IPO syarikat miliknya, Ant Group. Pembatalan IPO dengan nilaian sebanyak RM144.4 bilion (USD35 bilion), peraturan teknologi kewangan yang dirombak dan diperketatkan serta siasatan yang dilancarkan terhadap Alibaba, semuanya berlaku dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Pembatalan tersebut dikaitkan dengan kritikan keras oleh Jack Ma pada bulan Oktober terhadap pengawal selia dan sistem kewangan China.

Sumber: