Penularan wabak COVID-19 yang sangat pantas di seluruh dunia memaksa banyak negara mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) termasuklah negara kita Malaysia.

Anda pasti pernah terbaca kisah rakyat Singapura yang sanggup berbaris panjang di gedung perabot terkenal IKEA semata-mata untuk membeli ‘meatballs’ mereka.

Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, IKEA United Kingdom (UK) sanggup berkongsi resipi Swedish Meatballs yang menjadi igauan ramai tersebut. Langkah tersebut juga sebagai satu usaha mereka untuk menggalakkan orang ramai agar duduk dalam rumah sepanjang PKP berlangsung.

Hanya 6 langkah sahaja diperlukan untuk membuat Swedish Meatballs anda sendiri di rumah. Menerusi perkongsian itu, daging khinzir digunakan, tetapi untuk yang beragama Islam bolehlah tukarkan kepada daging lembu dan daging ayam.

Resipi Rahsia Swedish Meatballs IKEA

Senang sahaja kan? Jadi lepas ni anda boleh buat sendiri meatballs IKEA ni di rumah. Boleh juga dijadikan sebagai juadah berbuka puasa untuk dinikmati bersama ahli keluarga di rumah.

Baca juga artikel menarik kami yang lain di bawah: