Semalam Microsoft Teams berhadapan dengan server down hampir 3 jam. Ianya selepas mereka terlupa untuk mengemaskini sijil keselamatan mereka yang baharu di dalam sistem.

Microsoft mengesahkan bahawa servis Teams telah mengalami gangguan server down dan mereka sudah pun mengenalpasti apakah punca permasalahan itu.

Microsoft menerusi notifikasinya kepada pengguna menyatakan: “Kita mendapati bahawa sijil pengesahan keselamatan kita sudah menemui luput, membuatkan para pengguna kami tidak dapat mengakses ke servis yang berkaitan.”

Microsoft mengambil masa 3 jam untuk menyelesaikan isu tersebut. Di mana mereka memasang semula servis untuk membolehkan ia digunakan semula oleh pengguna.

Ramai beranggapan ini adalah sesuatu yang sangat memalukan berlaku dalam operasi Microsoft. Lebih-lebih lagi mereka baru sahaja melancarkan TV Komersial mereka sendiri baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, ianya berlaku kepada syarikat yang membangunkan perisian khas seperti System Center Operations Manager yang membantu memantau perkara seperti ini dan memberikan peringatan kepada tarikh luput sesuatu perisian.

Jadi, bagaimana perkara itu boleh berlaku? Tak akan tak seorang pun perasan akan notifikasi yang keluar?

Ramai yang menyuruh Microsoft untuk menggunakan Alexa ataupun Google Assistant untuk mengingatkan mereka selepas ini.

Sumber: The Verge